Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, March 07, 2014

LAPORAN PENUH SPERMA ANWAR IBRAHIM TERBANG


PUTRAJAYA 7 Mac - Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan kes Liwat II yang bermula semalam diteruskan hari ini di di Mahkamah Rayuan.

Keputusan rayuan kes dijangka bakal dikeluarkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan selewat-lewatnya petang ini.

Panel tiga hakim itu ialah Datuk Balliah Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Perbicaraan ini diteruskan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan baru-baru ini.

Berikut merupakan laporan penuh prosiding perbicaraan rayuan kes liwat II Anwar yang berlangsung semalam :-

SESI PAGI

9.00 pagi - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah bersama anak perempuan bongsunya dan menuju ke Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Di luar Bilik Bicara 2 mahkamah dipenuhi dengan kehadiran media tempatan, dan juga pemerhati antarabangsa termasuk wakil Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman dan Kesatuan Antara Parlimen Mark Trowell.

9.15 pagi -  Di perkarangan mahkamah, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan beberapa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim disekat dari memasuki Istana Kehakiman namun hanya Rafizi sahaja dibenarkan masuk.

Wakil rakyat yang kelihatan dalam mahkamah, Wong Chen (Parlimen Kelana Jaya), Dr Tan Kee Kwong (Parlimen Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (DUN Seri Setia).

9.20 pagi - Ketibaan Ketua Pasukan Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Shafee Abdullah di Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan.


9.30 pagi - Mahkamah Rayuan mula bersidang dan diketuai oleh hakim Balia Yusof Haji Wahi, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

Ketua Pasukan Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Shafee Abdullah memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu, termasuk Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan berkata penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa