Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, March 15, 2014

ISTERI PENJENAYAH LIWAT TERUS BERBOHONG DI KAJANG


PENULIS agak ‘gerun’ mendengar 4 manifesto calon PKR Kajang, Kak Jijah yang dilancarkan kelmarin, terutamanya bab nak mengurangkan jenayah di Kajang.

Tak pastilah Kak Jijah sedar atau tidak bahawa dia sekarang sedang berkahwin dengan seorang penjenayah seksual yang baru-baru ini disabitkan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.

Penulis bukan reka sendiri status itu (penjenayah), tapi Mahkamah Rayuan (sehingga diputuskan sebaliknya oleh Mahkamah yang lebih tinggi).

Ironinya, dia tak boleh nak kurangkan jenayah dalam keluarganya sendiri pun (1 suami dan 6 anak), nak kurangkan jenayah di Kajang macam mana?

Itu belum lagi kita sebutkan bahawa kuasa mengurangkan jenayah ini adalah berada di bawah kerajaan persekutuan (PDRM), bukan ADUN atau kerajaan negeri.

Tak tahulah kalau semua penjenayah di Kajang itu duduk bawah payroll Pakatan Rakyat sehinggakan kalau Kak Jijah menang, dia boleh arahkan semua penjenayah tersebut keluar dan cari makan di tempat lain.

Di samping itu, dari cara Kak Jijah memperkenalkan manifesto baru seolah-olah sebelum ini ADUN Kajang adalah dari parti lain dan pakatan politik yang lain.  Walhalnya, ADUN sebelum ini pun dari PKR juga, kerajaan negeri yang memerintah pun PKR juga dan Kak Jijah sendiri pun dari parti yang sama.

Tidak ada apa yang berubah.

Jadi kalau banyak masalah berlaku di Kajang sekarang, itu adalah kerana PKR, bukan orang lain, dan sebagai calon bidan terjun, apa yang Kak Jijah boleh lakukan untuk mengubah keadaan tersebut?

Pendek kata, pelancaran Manifesto ini bukanlah ada apa-apa nilai kepada pengundi dan rakyat Kajang.  Selama ini tidak ada apa yang dilakukan PKR untuk masyarakat Kajang melainkan menyusahkan rakyat untuk mengundi 2 kali dalam tempoh 8 bulan tanpa sebab yang munasabah.


2 comments:

Anonymous said...

Edisi pemimpin jiwa tak stabil memperbodohkan penyokong supaya terus bodoh selamanya. Nasiblah tak ramai pengudi melayu yang sokong puak pr(perbodoh Rakyat).

Anonymous said...

Tak ada makna nya byk jenayah adalah sebab musibah untuk org kajang yg memilih pemimpin yg munafik, berbohong dan memfitnah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa