Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, March 06, 2014

ANWAR IBRAHIM AKAN DIDAKWA KERANA MEMPERMAINKAN MAHKAMAH!!!


PENULIS tertarik dengan penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia, Datuk Aziah dan Datuk Mohd Zawawi semasa menolak permohonan Anwar untuk mencabar perlantikan Tan Sri Shafie Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

Kata ketiga-tiga hakim berkenaan, permohonan Anwar itu adalah satu cubaan untuk menyalahgunakan proses Mahkamah selain melewat-lewatkan rayuan kes berkenaan yang sudah sekian lama tertangguh (sejak Julai tahun lepas).

Sebelum inipun, semasa kes dibicarakan di peringkat Mahkamah Tinggi, Anwar tangguh kes lebih 50 kali.  Macam-macam alasan dia beri sehinggalah Hakim melepas dan membebaskannya dari tuduhan berkenaan kerana masalah teknikal.

Ingat selesai dah tangguh, rupanya sampai peringkat rayuan pun, dia main tangguh-tangguh lagi.  Adilkah macam ini?

Jelasnya, apa yang dilakukan Anwar sekarang adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah, hakim pun sudah sahkan tapi Anwar tetap buat bodoh macam itu saja sebab dia tahu tidak ada undang-undang yang boleh menghalang dia dari berbuat demikian.

Orang biasa mimpilah nak dapat ‘kelebihan’ seperti Anwar.

Pada pendapat penulis, sudah sampailah masanya kerajaan mengkaji keperluan untuk mengadakan satu undang-undang supaya orang yang di dapati sengaja melewat-lewatkan kesnya seperti dilakukan Anwar sekarang, boleh dihukum kerana perbuatannya itu.

IMG-20140304-WA0004

Untuk itu, Parlimen perlu gubal satu undang-undang untuk pastikan perkara ini tidak boleh dilakukan di masa hadapan, maka  penulis pasti tidak ada sesiapa pun boleh memanipulasi sistem kehakiman kita hanya kerana orang itu ada cukup banyak wang untuk bayar peguam bagi pastikan kesnya terus tertangguh.

Perlu ditetapkan juga had maksimum seseorang pesalah boleh menangguhkan kesnya di Mahkamah, maksimum 3 kali, bukan berkali kali macam yang Anwar buat.  Mana kes tak berlambak di Mahkamah kalau selalu sangat tangguh.

Rakyat mahu melihat keadilan ditegakkan, bukan dimanipulasi oleh orang yang berduit dan berpengaruh macam Anwar.--mykmu

3 comments:

Anonymous said...

JENG JENG JENG
TERBONGKARLAH CERITA SEBENAR.................
ASTAGHFIRULLAH..........

Anonymous said...

dah lama dah dia mempermainkan undang-undang negara. Baru saja tahu ker? Bukankah Anwar mengatasi undang-undang di Malaysia...kasihan rakyat biasa yang tida pernah dapat layanan seperti anwar dengan karpal.

Anonymous said...

buat macam main bola. lambat2kan permainan bagi kad kuning. kali kedua kad merah terus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa