Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, February 27, 2014

ROBERT KOUK SALUR DANA UNTUK BANTU ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI!!!???


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengkritik Robert Kuok, lelaki paling kaya di Malaysia sepertimana yang dilaporkan Malaysian Business, memiliki kekayaan RM54.48 bilion pada tahun ini.

Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari lalu menyenaraikan Robert Kuok, tempat pertama, T. Ananda Krishnan, tempat kedua dan Tan Sri Teh Hong Piow, di tempat ketiga individu terkaya di Malaysia.

Turut disenaraikan; Tan Sri Quek Leng Chan (tempat keempat), Tan Sri Lee Shin Cheng (kelima), Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (keenam), Tan Sri Lim Kok Thay (ketujuh), Puan Sri Lee Kim Hua (kelapan), Datuk Mokhzani Mahathir (kesembilan) dan Tan Sri Azman Hashim (kesepuluh).

Selain, Robert Kuok, Anwar juga tidak mengkritik individu terkaya tempat kedua, ketiga, keempat, kelima, ketujuh dan kelapan, namun mengkritik Syed Mokhtar (keenam), Mokhzani Mahathir (kesembilan) dan Azman Hashim (kesepuluh) yang didakwanya atas dasar kroni.

Malah, sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Anwar terus konsisten mengkritik Syed Mokhtar, walaupun beliau sendiri mengakui tiada sebab peribadi.

Kemarahan Anwar kepada Syed Mokhtar meluap-luap selepas polisi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memindahkan monopoli gula daripada Robert Kuok kepada hartawan Melayu itu.

“Harga gula meningkat kerana ia dimonopoli oleh Syed Mokhtar. Saya menentang Umno, BN, termasuk nama-nama besar dalam parti.

“Kekayaan Syed Mokhtar bernilai berbilion-bilion ringgit. Saya tidak membencinya. Saya tidak mempunyai apa-apa peribadi dengannya tetapi saya tidak suka hakikat bahawa gula dimonopoli oleh satu orang dan kerana itu, rakyat perlu membayar, “kata Anwar dalam ceramahnya di Taman Impian Murni baru-baru ini, dilaporkan The Malaysian Insider.

Semasa laman ini menemu bual Shen Yee Aun (SYA), anak muda berbangsa Cina itu memberitahu, undi masyarakat Cina solid kepada pembangkang, kerana ada pihak yang mengapi-api sentimen kemarahan bangsa itu dengan menuduh polisi kerajaan majukan taikun Melayu supaya merampas kekayaan orang Cina.

Taikun Melayu yang sering disebut oleh ‘batu api’ itu adalah Syed Mokhtar.

Sebelum ini, semasa Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Robert Kuok merupakan satu-satu individu yang memonopoli gula, namun Anwar tidak mengkritik monopoli Raja Gula tersebut.

Berbanding dengan Syed Mokhtar, semasa Robert Kuok bergelar ‘Raja Gula’ berlaku krisis ‘ketiadaan gula di pasaran’ ketika menjelangnya Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).


Laman ini pernah mendedahkan Anwar mempunyai hubungan sentimental dengan Robert Kuok, di mana ia dibuktikan dengan pendedahan sepucuk surat perniagaan di antara kedua-dua tokoh itu.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

1 comment:

Anonymous said...

Orang lain boleh kaya-raya kecuali Melayu. Melayu tak boleh jadi kaya dan tak sepatutnya ada kesenangan.

Biar bangsa lain banyak duit, asal jangan Melayu yang berduit. Melayu ni tak patut ada duit. Melayu patut mengemis, merempat dan menumpang di bumi sendiri je.

Syed Mokhtar Bukhary tu patutnya tak jadi kaya, tak ada duit supaya dia tak dapat tubuhkan yayasan anak yatim, tak dapat beri makan dan bela anak yatim, pastu tak dapatlah lagi Syed Mokhtar bagi sedekah berjuta-juta pada orang yang dizalimi di Palestin, tak dapat nak beri bantuan orang fakir-miskin, tak dapat tolong anak-anak Melayu dgn tuisyen free, tak dapat bagi biasiswa tanggung anak Melayu belajar di IPTA, tak dapat hantar orang kurang mampu tuanikan Haji dan banyak lagi sedekah-sedekah yang lain tak dapat dibuat.

Kan puas hati kita kalau Syed Mokhtar Bukhary tu tak kaya. Kan senang hati kita kalau semua bantuan di atas tu tak dapat dilaksanakan kerana Allah. Kan bagus kalau tak ada Melayu yang kaya.

Jadi eloklah kalau begitu sebab yang ruginya ialah bangsa sendiri dan umat Islam amnya, sedangkan puak lain untung berlipat-ganda, kaya-raya dan mereka semua berjaya naik ke atas bersama-sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa