Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, January 03, 2014

WAJIB TAHU:APA KEJAYAAN DI SEBALIK DEMONSTRASI TURUN?

demo2

Hari ini sudah hari ketiga tahun 2014. Di sebalik kekecohan pada malam tahun baru di Dataran Merdeka serta beberapa tempat lain, kemiskinan dan kesusahan yang diperkatakan oleh Pakatan Rakyat, nampaknya masih tidak menjadi realiti. 

Di sekolah-sekolah yang memulakan hari pertama persekolahan semalam, ibu bapa datang dengan pelbagai cerita tentang kenaikan harga tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang kelihatan susah sepertimana yang digambarkan. 

Bahkan lebih ramai yang datang dengan kenderaan sendiri sehingga menyesakkan kawasan di luar sekolah dengan barisan panjang kenderaan, di sebalik rungutan kenaikan harga minyak telah menaikkan segala macam kos.

Pengerusi TURUN, Mohamad Azan Safar dengan girangnya menyatakan demonstrasi yang diadakan pada tengah malam di Dataran Merdeka telah berjaya. Dari segi apa kejayaan itu diukur, hanya dia sahaja yang tahu.

Yang pasti, demonstrasi itu merupakan kejayaan kepada golongan yang menguasai ekonomi membodoh-bodohkan anak-anak muda Melayu dengan menggunakan sentimen dan semangat mereka yang meluap-luap. 

Keserakahan dan ketamakan golongan penguasa ekonomi itu, telah dipindahkan kepada kerajaan dan kerajan dipersalahkan oleh anak-anak muda Melayu yang berdemonstrasi itu.

Tiada seorang pun daripada belasan ribu anak muda di seluruh negara yang berdemonstrasi mengecam tindakan pemborong dan orang tengah serta pembekal menaikkan harga barangan. Sebaliknya kesemua mereka sepakat menyalahkan kerajaan dengan alasan, kerajaan telah menaikkan harga sehinggakan alasan-alasan aneh termasuklah peribadi isteri Perdana Menteri pun turut dikaitkan sama.

Adakah itu dianggap sebagai satu kejayaan oleh Mohamad Azan Safar? Adakah kejayaan itu diukur daripada segi pembodohan keterlaluan yang sedang menjadi trend di kalangan anak-anak muda Melayu? Atau sebenarnya kejayaan tersebut diumumkan kerana demonstrasi yang dirancang berlaku juga serta mendapat sokongan daripada anak-anak muda penyokong Pakatan Rakyat?

Memang benar, demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 tidaklah sekecoh seperti yang berlaku di Mesir, Thailand dan negara-negara lain. Bukan itu sahaja, tidak ada kematian dan kecederaan parah berlaku dalam demonstrasi tersebut walaupun ada yang bincut kepala serta terkehel kaki. Pada masa yang sama, janji Pakatan Rakyat bahawa demonstrasi itu tidak akan disusuli dengan letupan atau pembunuhan, juga telah ditepati.

Usaha-usaha subversif untuk menguasai sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak pembangkang di negara ini sentiasa wujud. Disebabkan itulah pasukan polis khususnya terpaksa bekerja keras berminggu-minggu sebelum demonstrasi itu diadakan untuk mengenalpasti individu, motif, lokasi dan sebagainya.

Mudah bagi mereka yang berkepentingan untuk terus membuat penafian dan memberi jaminan bahawa segala-galanya selamat. Kemudian apabila wujud unsur-unsur subversif, segera menyalahkan pihak polis dan menuduh pihak polis yang melakonkan drama berkenaan.

Kalau itulah yang dianggap sebagai satu kejayaan, sememangnya benarlah seperti yang dibangga-banggakan oleh Mohamad Azan Safar. Kejayaan membodohkan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang lebih menggunakan sentimen berbanding akal yang waras dan kesedaran yang tinggi selain mengenepikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari sekurang-kurangnya 11 tahun. Kejayaan menjadikan para penyokong sebagai boneka yang tidak boleh berfikir tetapi bergerak dan bertindak berdasarkan suruhan dan tohmahan sememangnya tidak dapat dibandingkan dengan suatu apa pun.

Siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada demonstrasi yang amat dibanggakan oleh PKR dan PAS itu?

Sudah tentulah DAP dan segala taukeh-taukeh berperut gendut yang mengaut segala keuntungan daripada dasar pentadbiran kerajaan sekarang, tetapi membiayai aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menggulingkan sistem sedia ada bagi membolehkan mereka menjadi penguasa sepenuhnya sekaligus menghapuskan saki-baki keistimewaan Melayu-Bumiputera dan Islam di negara ini.

Ibarat Negara China pada zaman Dinasti Ming yang dikelilingi oleh Tembok Besar. Musuh memang tidak dapat menembusi kekebalan tembok tersebut. Tetapi akhirnya Dinasti Ming kalah di tangan tentera-tentera Han kerana kolaborator di dalam kubu dan lingkungan tembok besar itu sendiri.

Begitulah Melayu dan umat Islam di negara ini.

Itukah yang dinamakan kejayaan?

Barangkali memang benar ianya kejayaan tetapi bukan untuk Melayu-Bumiputera dan bukan juga untuk umat Islam!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa