Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, January 17, 2014

MUBALIGH KRISTIAN SUDAH MASUK KAMPUNG AJAK UMAT ISLAM MURTAD!!!!


Sekumpulan Mubaligh-mubaligh Kristian yang sedang sibuk mengedarkan risalah yang mengandungi ayat-ayat dalam Bible dalam dwi bahasa telah ditahan oleh penduduk sebuah taman di Telok Datok, Banting, Selangor.

Mereka yang mengaku datang daripada Persatuan Bible Malaysia walaubagaimanapun gagal menunjukkan Kad Persatuan apabila diminta dan kemudiannya memberikan kad namanya sebagai ganti.

Mereka yang berjanji tidak akan menyebarkan risalah itu kepada rumah orang Islam namun kata-kata itu tidak dipercayai oleh penduduk taman lalu terus mengikut mereka mengedarkan risalah tersebut.

Akibat tidak selesa dengan tindakan penduduk taman mereka akhirnya meninggalkan taman tersebut dengan 5 buah kereta dan menuju ke Banting.

Pihak polis telah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

3 comments:

Anonymous said...

Janganlah mcm itu. tak bagus. kita kan terkenal sebagai bangsa yang lemah lembut, bersopan santun, dan tebal budaya tAK APA. Kita terima sahaja apa juga yang ditimpakan sebagai Qadak dan Qadar. Andainya satu hari klk kita tukar agama, anggap lah itu sebagai proses kitaran semula jadi, dan bukanlah murtad.

Anonymous said...

Adalah menjadi perjuangan dan jihad untuk hentikan kebiadapan kumpulan ini. Ikut hati belasah ajar untuk mengajar. Tapi masyarakat islam mempunyai adap dan hormat undang-undang. Ambil butiran mereka, gambar dan bukti, sambil panggil polis. Aktiviti ini menyalahi undang-undang dan enakmen negeri. Harap semua masyarakat islam di mana sahaja ambil perhatina dan selalu siap siaga. Nampak nya di negeri Selangor masyarakat islam terpaksa urus sendiri untuk melindungi Islam. Jangan lah nak harapkan kerajaan negeri atau ahli politik dari pas atau pkr. Tepuk dada Tanya lah IMAN...

assaad said...

Salam. Dulu perkara seperti ini memang berlaku di Singapura. Tetapi pemerentah Singapura mengambil langkah-langkah yang wajar dan memperkenalkan Akta Harmoni. Mubaligh kristian tidak di benarkan mengetuk pintu penduduk di Singapura dengan Sembruno.

Sesiapa yang berbuat kesalahan akan di kenakan hukuman yang berat. Begitu juga pergaduhan yang melibatkan kaum. Kalau di dapati melibatkan unsur-unsur perkauman akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Kenapa diMalaysia tidak dilakukan benda yang sama? Umat Islam yang mantap keimanannya harus membaca "Bible" , ini begitu baik untuk mengutarakan hujah-hujah balik kepada mereka. Dakyah lawan Dakwah!!!

Mereka selalu melontarkan kekata yang menyebabkan umat Islam kebinggungan dan ragu-ragu terhadap Islam. Pengalam saya, soalan-soalan mereka;_

1) Kenapa kita harus megikut Nabi Mohammad, sedangkan Nabi sendiri tidak tahu Dia dijalan yang lurus atau tidak. Buktinya sembahyang selalu menyebut tunjukan aku jalan yang lurus sebanyak 17 kali sehari.

2) Kita pergi haji dan mencium bentuk kemaluan perempuan (hajar Aswad) supaya kita suci bersih seperti bayi setelah kembali ketanah air.

Banyak lagi soalan-soalan seperti itu. JAKIM, JAIS dan sebagainya harus peka dengan keadaan ini. Cari huraian supaya umat islam tidak terjebak dan menjadi ragu-ragu dengan Islam.

Fikir-fikirkanlah.....

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa