Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, December 02, 2013

WAJIB BACA PAGI ISNIN:APA PAS NAK BUAT SEBENARNYA???!!!


Pas ditubuh sebagai Pan Malayan Islamic Party oleh ulama-ulama UMNO yang kecewa kerana tidak dipilih untuk menjadi ahli Dewan Undangan Persekutuan (Federal Legislative Council) dan dewan-dewan negeri apabila Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union pada 1948.

Kali pertama Pas meletak calon ialah pada Pilihan Raya Umum (PRU) zaman British iaitu tahun 1955. Pas hanya menang satu kerusi daripada 52 kerusi yang dibenar British untuk ditandingi.

Dari sini kita dapat lihat yang Pas tidak pernah menang besar, tidak pun sebesar UMNO. Tidak pernah terjadi kemungkinan Pas layak menerajui Kerajaan Pusat.

Walaupun bekerjasama dengan Parti Semangat 46 dan DAP dalam tahun 1990 dan 1995, Pas hanya menang tujuh kerusi Dewan Rakyat tiap kali.

Pada 1999 apabila bekerjasama dengan DAP dan Keadilan, Pas menang 27 kerusi tetapi jatuh kepada enam kerusi pada 2004.

Pada 2008 pula meningkat kepada 23 kerusi tetapi jatuh kepada 21 dalam PRU13.

Walaupun UMNO bertanding sebagai Perikatan dan kemudian sebagai Barisan Nasional (BN), tetapi jumlah calon UMNO yang bertanding dan yang menang adalah yang terbesar antara parti komponen Perikatan/BN dan terbesar juga antara semua parti yang bertanding.

Pada PRU13, sementara UMNO menang 88 kerusi Dewan Rakyat, Pas hanya dapat 21 kerusi. Hak UMNO untuk mengetuai Kerajaan Pusat tidak pernah dipertikaikan.

Kemenangan

Jumlah terbesar kemenangan Pas adalah pada 1999, di waktu Anwar dapat mata hitam. Pas memenangi 27 kerusi tetapi jatuh semula kepada enam dalam PRU pada 2004.

Pada tahun 2008, Pas menang 23 kerusi. Dan pada 2013 - 21 kerusi, jumlah yang terkecil berbanding dengan rakan Pakatan yang mana DAP mendapat 38 kerusi dan Keadilan 30.

Daripada angka-angka ini jelas yang Pas tidak mungkin mengepalai Kerajaan Persekutuan walaupun berkongsi dengan DAP dan Keadilan. Pas hanya boleh jadi junior partner jika Pakatan mendirikan Kerajaan. Jika Pas diberi peluang mengetuai Kerajaan Pusat, ia hanyalah sebagai boneka DAP. Kita lihat ini berlaku apabila Pas mengetuai Kerajaan Perak.

Penubuhan Pas hanya berjaya memecah belah orang Melayu/ Islam sehingga mereka menjadi lemah di negara yang Melayu/Islam menjadi majoriti.

Sebelum Pas ditubuh, orang Melayu mudah bersatu. Mereka yang berpelajaran agama pun menyertai UMNO. Demikianlah kekuatan orang Melayu kerana bersatu melalui UMNO sehingga British terpaksa menggugurkan Malayan Union. Pada PRU 1955, walaupun Pas bertanding, tetapi penyatuan Melayu dalam UMNO masih kuat dan hanya satu sahaja kawasan Melayu yang memberi kemenangan kepada Pas.

Semua orang Melayu lain yang pada masa itu menguasai 80 peratus kawasan menolak Pas bulat-bulat. Tetapi pada 1959, apabila Pas menggunakan isu agama dengan sepenuhnya termasuk mengkafirkan orang UMNO, perpecahan ketara berlaku di kalangan orang Melayu. Dan Pas berjaya menawan Kelantan dan Terengganu. Tetapi sejak itu prestasi Pas tidak memberi gambaran yang Pas akan dapat mengganti UMNO sebagai mewakili orang Melayu.

Ke mana Pas? Apakah mungkin dengan sokongan DAP, Pas akan kalahkan UMNO? Apakah DAP akan menolong Pas supaya jadi terbesar dalam Pakatan dan mendirikan Kerajaan Islam?

Hanya mereka yang taksub dengan Pas yang masih boleh mimpi parti itu mengetuai Kerajaan Islam yang memerintah Malaysia.

Yang lain tahu Pas hanya menjadi duri dalam daging bagi orang Melayu/Islam, yang akan bernanah, reput dan menamatkan sejarah Malaysia sebagai Tanah Melayu.--UM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa