Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, December 31, 2013

KERAJAAN BERI KERJASAMA PADA PENGANJUR GULING KERAJAAN MALAM INI???!!!


Episod demonstrasi pembangkang ini tiada kesudahan. Penyokong kerajaan boleh bising 24 jam sehari pun, ada lebih 1000 laporan polis, ada peniaga yang merayu agar perhimpunan yang dirancang malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka tidak diadakan, namun tengok pada gaya, semua sudah set, langgar tetap langgar.

Hakikatnya, walaupun pedih untuk diakui, penyokong kerajaan yang mewakili majoriti rakyat Malaysia tak boleh buat apa-apa untuk halang pembangkang nak tunjuk kuat.

Mereka adalah minoriti yang bersuara dan bertindak. Seperti kata Pemimpin Besar Perancis Napoleon Bonaparte, 10 tentera yang bercakap (buat bising), akan lebih didengari dari 10,000 tentera yang diam.

Kita (penyokong kerajaan) menjadi kumpulan yang banyak, tapi diam, terikat dengan undang-undang, displin, tata etika memimpin dan segala macam lagi melawan kumpulan pembangkang yang bebas bertindak melakukan apa saja.

Inilah hakikatnya, yang perlu diakui mengapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan pembangkang yang semakin kuat, demonstrasi pun semakin subur, ada yang besar yang disertai ribuan orang, ada yang kecik, yang disertai puluhan orang (flash mob).

Ia menjadi trend, di bandar-bandar, bukan di Kuala Lumpur saja.

Manakala instrumen kerajaan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang pula, juga terikat itu ini, ini zaman hak asasi jadi agama baru, sehinggakan, semua tindakan penguatkuasaan hanyalah acuh tidak acuh, atau sekadar melepas batuk ditangga.

Sebab itu, saya menjangkakan, malam tahun baru 2014, di Dataran Merdeka, hanyalah pengulangan, kepada yang sudah-sudah, dalam situasi paling baik, aktivis pembangkang akan bersurai selepas penat berdemo, atau paling buruk, mereka akan berkampung, pacak khemah, dan duduk di situ berhari-hari.

Mereka memang sudah lama teringin untuk sit-in macam aktivis-aktivis anti kerajaan di seluruh dunia buat. Cuma sebelum ini mereka tidak mempunyai kekuatan.

Apakah malam esok, dengan segala isu yang menyelubungi kerajaan, seperti kenaikan kos hidup dan segala macam lagi...pembangkang akan mendapat momentum baru?

Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan, sejak perhimpunan Bersih 2 dan yang seterusnya, tidak ada seorangpun, penyokong pembangkang yang dipenjara kerana melanggar undang-undang.

Ada yang dibicarakan, kes tertangguh-tangguh, tapi tak pernah sesiapa di Malaysia dipenjarakan kerana menyertai demonstrasi 'mengugat keselamatan dalam negeri' yang melanggar undang-undang.

Persoalannya bagi orang kebanyakkan, adalah apakah demonstrasi mereka itu benar-benar melanggar undang-undang, atau itu hanyalah propaganda bagi menghalang orang ramai menyertainya.

Kerana jika benar melanggar undang-undang... mana hukumannya, siapa pesalahnya?

Media asing khabarnya sudah buat kira-kira, perhimpunan malam 31 Disember, akan jadi kayu ukur, apakah tahun 2014, akan jadi tahun demonstrasi macam kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Sebab itu, pada saya yang pesimis, kita hanya boleh bising kat media, baru mahupun tradisional, tapi kita tak ada kuasa mencegah, yang ada kuasa mencegah, adalah polis, jika demo tersebut benar-benar mengancam keselamatan negara, merekalah yang patut bertindaklah menghalangnya.

Macam mana hendak bertindak, itu mereka tahulah, bukankah mereka dibayar gaji untuk menjaga keselamatan negara???

Yang pasti, jika mereka bertindak, dengan lebih 1000 laporan polis seluruh negara dan rayuan peniaga kecik, pak cik bawa teksi, keluarga yang nak bawa anak-anak berhibur malam tahun baru, pasti akan sokong.

Saya sokong, keluarga saya sokong, kawan-kawan saya sokong... yang penting, polis kena buat apa yang sepatutnya mereka buat, dan kami (majoriti yang diam) akan menghargainya...

Kita tak mahu, tiap kali perhimpunan pembangkang, kita bising, benda sama juga... wahasil balik asal atau orang utara kata pi mai pi mai tang tu...

KREDIT UNTUK HELME HANAFI

2 comments:

Anonymous said...

tatkala org2 pas sibuk nak himpun guling kjaan yg bslindung dsblik Turun, kan elok pmuda umno atau ngo islam lain ambil pndktan btentgn dgn myeru pula rakyat.bhimpun mnunaikn solat hajat d pdg merdeka atau tempat2 bhmpiran lokasi org2 gila pas nk buat demo. biar rkyt tgok wajah sbnr kdua2nya.

ini tdk, pmuda umno, jati dll cuma tgok dan lihat shj tindkn bodoh org2 islam pas.

Anonymous said...

Apa sudah jadi? Di mana ketegasan KDN? Di mana DS Menteri? Di mana TS KPN? Mengapa tidak diambil tindakan ke atas pesalah yang berhimpun secara haram tanpa permit dan bertukar merusuh ke pentas, mengganggu ketenteraman dan keselamatan anak-anak seni yang sedang menghibur kumpulan majoriti rakyat yang membawa keluarga mereka bersantai menyambut tahun baharu?

Kalau ini terus dibiarkan, dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi akan bermulalah era baharu fenomena guling-menguling kerajaan seperti yang berlaku di negara jiran kerana para perusuh ini akan membina persepsi bahawa rancangan kudeta mereka macam boleh dilaksanakan sahaja tanpa sebarang halangan. Apakah pihak berkuasa hanya akan bertindak apabila nasi sudah menjadi bubur? Atau, rakyat boleh mengambil tindakan sendiri memandangkan bantahan mereka melalui beribu-ribu laporan polis langsung tidak dipedulikan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa