Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, December 24, 2013

BUKIT AMAN DISERANG BOM!!!???


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini yang menyebabkan kematian dan kecederaan.

Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Lai Lee Ching berkata, keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa.

Beliau menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan bertindak tegas terhadap pelakunya.

"Susulan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali, kata Lai. 

Beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.

Catatan di Facebook itu antara lain mendakwa Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom berani mati yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

mati syahid konon...
berkat ajaran sesat pas

Anonymous said...

Ini lah berita yang bodoh disebar oleh yang paling bodoh untuk orang bodoh yang mudah percaya. Ingat senang ke nak masuk kompleks Bukit Aman? Bukan calang-calang orang yang boleh diizin masuk lepas pintu utama. Kalau nak makan peluru mesin gun cuba lah rempuh pintu utama....kawalan keselamatan ketat. Kesimpulan memang lah bodoh lagi bangang ahli pembangkang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa