KEJAYAAN (tidak rasmi setakat artikel ini ditulis) Mat Sabu dalam mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS, dilihat satu kejayaan kepada fahaman liberalisme yang diharapkan Anwar Ibrahim untuk menguasai PAS – mengatasi fahaman agama yang jadi jatidiri PAS sejak sekian lama.
Nampak sangat imej lebai, tuk guru berjubah dan berketayap yang menjadi pandangan biasa dalam parti tersebut zaman berzaman, kini bakal diambil alih oleh mereka yang berkameja dan tidak memakai apa-apa sebagai hiasan di kepala.
Ketua Pemuda sebagai contoh, liberal dah ambil alih.
Anwar dan Kit Siang sudah semestinya gembira dengan keadaan ini. Impiannya untuk melihat parti seperti PAS hilang identiti Islam yang dipegang sejak dari dalam UMNO, sudah mula menunjukkan kejayaan.
Cuma mungkin Anwar dan DAP tak sangka kejayaan itu diperolehinya dalam keadaan PAS menjadi sahabat, bukan sebagai musuh.
Bagi UMNO, penulis harap kejayaan Mat Sabu ini tidak dilihat bakal memberi apa-apa signifikasi yang besar kerana sebagai parti yang mengamalkan proses pemilihan 2 tahun sekali, apa pun boleh berubah sehingga PRU14 berlangsung pada 2018.
PAS sudah jadi semakin tidak relevan kepada orang Islam dan Melayu sekarang, malah tak keterlaluan dikatakan, PAS semakin hilang arah tujuan dalam perjuangan politik. Dulu ada juga kelebihan sebab PAS memperjuangkan Islam, tapi sekarang, kita sudah tidak pasti lagi.
Lagipun, Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden telah memberikan banyak keuntungan pada UMNO. Dengan adanya Mat Sabu, UMNO berjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen serta DUN, merampas Kedah dengan Mat Sabu sendiri kalah di Pendang – kubu kuat PAS dalam PRU13 yang lepas.
Kalau keadaan ini berterusan dan mungkin pada bila-bila masa dalam tempoh 4 tahun lebih ini Mat Sabu terus mengekalkan jawatan tersebut (atau menjadi Presiden mungkin), UMNO pasti mempunyai kelebihan yang tidak ada tandingannya berbanding dengan PAS.
Tapi masalahnya, dengan Mat Sabu, sokongan terhadap PAS di kawasan bandar akan terus meningkat. Bukan Melayu dah tak ragu-ragu lagi nak undi PAS sebab diaorang tahu PAS dah sama macam PKR dengan DAP, selagi Mat Sabu ada di atas.
Inilah yang UMNO kena fikirkan.--SUMBER
3 comments:
Pernah terbaca dlm blog (lupa namanya)bahawa Mat Sabu menerima elaun bulanan RM15,000 drp Dap.Benarkah?
PRU 14 merupakan harapan dan benteng terakhir PAS untuk terus relevan dalam pesada poltik negara. Kemenangan Mat Sabu merupakan titik tolah untuk anak muda bersama melayu untuk berfikir samada PAS atau UMNO sebagai penyambung hayat pemerintahan Melayu dalam negara ini.
Sayugia kita ingat kan anak muda melayu yang berlatar belakangkan pendidikan agama pasti memilih PAS jika mereka berjaya dijinakkan dari awal manakala yang kuang menerima didikan agama khusus nya anak melayu muda kelahiran bandar akan lebih memilih PKR kerana kelebihan PKR yang membawa konsep LBGT sebagai wada perjuangan mereka walaupun pemimpin PKR seribu kali menafikan nya.
jadi apa ada pada UMNO untuk anak muda pengundi PRU14
Bijak sungguh ahli PAS kerna memilih Mat Sabu sebagai pemimpin mereka yang mesra komunis tu. Ternyata mereka semakin sesat mencari jalan Islam mereka.
Post a Comment