Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, November 04, 2013

KEPUTUSAN RASMI PRK SG.LIMAU


SYABAS KEPADA SELURUH JENTERA BN...
SYABAS KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGER...
SYABAS KEPADA RAKAN MEDIA...
SYABAS KEPADA PASUKAN KESELAMATAN...
SYABAS KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PRK SG. LIMAU...
PENINGKAT UNDI BN DAN KEJATUHAN MAJORITI PAS TANDA BESAR KEJAYAAN KECIL KITA...
KITA BUKAN KALAH TAPI BELOM NAK MENANG JER...
PAS MENANG SORAK KUAT MACAM MANA SEKALIPUN MALAM NI...
NEGERI KEDH DARUL AMAN MASIH BN YANG PERINTAH LER...
HEHEHEHE...

JPX

JERAI 4 Nov. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan parti Pas mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.

Calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.

Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.

Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman - UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa