Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, October 18, 2013

BACAAN PAGI JUMAAT:ANWAR IBRAHIM TERUS BANTU MUSUH ISLAM!!!


UMNO sering kali dituduh campur tangan dalam urusan Mahkamah.  Pembangkang sudah guna taktik menyalahkan UMNO sejak dulu lagi, terutama bila ada keputusan Mahkamah yang tidak menyebelahi mereka.

Asas kepada dakwaan tersebut, kononnya hakim dilantik Perdana Menteri, maka hakim semua dengar cakap kerajaan.

Walhal ada juga keputusan Mahkamah yang tidak menyebelahi kerajaan, yang itu apa pembangkang nak cakap?  Dia tidak akan cakap apa-apa, sebaliknya bergembira dan memuji-muji Mahkamah dan hakim bila perkara itu berlaku.  Umpamanya pada 2004, Anwar siap cakap ’Thank You Sir’ pada hakim yang membebaskannya dari tuduhan meliwat Azizan.

Walaupun dalam masa sama hakim berkenaan mengesahkan Anwar terlibat dalam kegiatan homoseksual bersama Sukma Darmawan.

Pun begitu, demi mengelakkan persepsi berpanjangan, para pemimpin UMNO, terutama Perdana Menteri, mengambil keputusan tidak mengulas terlalu banyak tentang keputusan Mahkamah kerana bimbang dituduh campur tangan.

Tapi bila Perdana Menteri tidak mengulas, beliau dituduh sebagai tidak bertanggungjawab pulak.

Macam sekarang, bila Anwar mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan perkataan Allah digunakan dalam majalah mingguan gereja, The Herald, dia cakap macam ini kepada sebuah portal berita pro pembangkang 

“Najib doesn’t seem to be around when it comes to controversial issues. This reflects the state of poor leadership in the country. It (Malaysia) needs a leader. The country is not on autopilot”.

Lahanat juga si Anwar ni.  Kalau Perdana Menteri ulas, dia akan tuduh Perdana Menteri campur tangan, kalau Perdana Menteri tidak ulas, dia akan cakap lain pulak.

Kerajaan kan menghormati keputusan Mahkamah, sama dengan ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan menyebelahi gereja pada 2009, apakah pada waktu itu kerajaan bagi apa-apa kenyataan di luar konteks apa yang diputuskan Mahkamah?  Tidak, sebab kerajaan menghormati keputusan Mahkamah.

Lagipun proses perundangan bukan tamat disitu, masih boleh dirayu dan sebagainya.  Sekarang pun, keputusan Mahkamah Rayuan tersebut masih boleh dirayu di peringkat lebih tinggi, jadi apa kenyataan apa yang Anwar harap Perdana Menteri untuk keluarkan?

Biar sajala proses sepatutnya berjalan, Perdana Menteri nak komen buat apa?

Sebetulnya keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak mencetus apa-apa pun, melainkan reaksi biasa sahaja.  Yang sengaja cuba buat panas ialah media pro pembangkang apabila mengulas isu ini diluar konteks, termasuk membangkitkan sentimen anti Malaysia di kalangan orang Kristian Sabah dan Sarawak.

Mengaku sajalah, bukti ada banyak dan berlambak, baca sajala Meloyakini, PaidMalaysiaToday dan sebagainya, semua macam sepakat sengaja nak bikin huru hara.  Ahli parlimen salah sebuah kawasan di Pahang pun dah bagi indication apabila dipetik Harakah sebagai berkata ”Tidak perlu tunggu PRU14 untuk Tumbangkan BN”!!

Apa maksud tu?  Apa cara lain selain demokrasi untuk tukar kerajaan? Fikir sendiri sajalah.

Selain itu, penulis pun maklum, hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya ada menyebut bahawa kalau kebenaran menggunakan kalimah Allah ini diberikan kepada majalah The Herald, ia boleh mencetus keadaan tidak selamat dalam negara.

Sekarang pembangkang dan media mereka sengaja bangkitkan sentimen keagamaan macam ini biar orang panas dan buat benda-benda tidak baik sebab pembangkang nak Mahkamah Persekutuan besok tahu kalau tak dibenarkan The Herald guna kalimah Allah, keadaan tidak selamat masih boleh berlaku.

Inilah tujuan pembangkang yang sebenarnya.

Justeru penulis ulang saranan semalam, ambil tindakan segera ke atas media pembangkang dan mana-mana pihak yang cuba semai kebencian, jangan tunggu sampai keadaan jadi teruk.--SUMBER

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa