Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, September 27, 2013

TIAN CHUA BAKAL BERGELAR BANDUAN TIDAK LAMA LAGI


Provokasi bencikan UMNO dan semuanya salah UMNO yang cuba didoktrinkan oleh pembangkang telah sampai ke peringkat yang melampaui batas.  Tindakan Tian Chua menuduh  kononnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO dalam portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. 

Selama ini pembangkang menggunakan kekhilafan perundangan dengan bantuan majlis peguam untuk melepaskan diri dari kesalahan dan kejahatan yang mereka lakukan.

Dengan kapasiti kewangan yang cukup besar, pembangkang bersama majlis peguam mampu menangguhkan perbicaraan secara berterusan.  Ini merupakan tindakan pembangkang yang cukup bacul. 

Sampai ke hari ini Anwar Ibrahim masih terus membisu isu bilangan dan jumlah akaun yang tertera nama keluarganya yang mempunyai jumlah yang cukup luarbiasa. Persoalan berkenaan sumber luarbiasa ini jika terjawab maka akan terbongkarlah dalang disebalik agenda jahat pembangkang .

Dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi , Tian Chua gagal membatalkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah. 

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah telah  menolak permohonan Tian Chua, 50, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, setelah mendapati tiada merit dalam permohonan tersebut. Mahkamah tidak berpuas hati bahawa terdapat asas yang memadai semata-mata dalam penegasan yang terdapat dalam afidavit Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu itu.

Walaupun Perdana Menteri  telah mengumumkan Akta Hasutan akan dimansuhkan namun akta itu masih terpakai sehingga ianya benar-benar dimansuhkan secara teratur. Di sini memang Tian Chua gagal menggunakan kekhilafan akta. Namun kita tahu bahawa mereka akan terus mencari “loophole” dan menangguhkan perbicaraan sehingga ianya memihak kepada mereka.

Perbuatan Tian Chua menuduh  kononnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO dalam portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily  telah dilakukan pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu persimpangan, Jalan Loke Yew. 

Beliau telah  didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara sehingga lima tahun bagi kesalahan berikutnya.

Namun begitu Latheefa Koya telah  mengemukakan permohonan secara lisan untuk menggantung perbicaraan kes ini yang  akan bermula pada 16 dan 17 Oktober ini sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. Ini memang merupakan cara pembangkang  sepertimana yang berlaku dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pemimpin parti pembangkang itu dituduh telah menyebut perkataan menghasut dengan membuat kenyataan:  Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.


Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah;Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama daripada isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Sandiwara dan permainan putar belit pembangkang di mahkamah harus ditangani dengan lebih tegas demi menegakkan kebenaran yang sepatutnya.  Harus ada batasan yang digariskan untuk mengekang permainan pembangkang dalam sistem kehakiman. Rakyat mahu keadilan ditegakkan bukannya sistem kehakiman diperkotak-katikkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa