Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, September 09, 2013

TERKINI:LAGI GENG 04 DAN 08 DITANGKAP POLIS!!!


SYABAS PDRM...
AKU MEMANG KAGUM DENGAN CARA KERJA POLIS MALAYSIA...
MEMANG LAYAK JADI PASUKAN TERBAIK DI RANTAU INI...
SEMOGA DIBERIKAN KEKUATAN DALAM MENJALANKAN TUGAS MENGAWAL KESELAMAT NEGARA...
DAN MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT...
INSYALLAH..

JPX

KANGAR 8 Sept. - Polis menahan 10 lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap termasuk Geng 04 dan 08 yang cuba memasuki negara ini dari Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) Padang Besar dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kesemua mereka berasal dari Se langor dan berusia antara 26 hingga 32 tahun ditahan ketika menaiki tiga buah kereta.

Beliau berkata mereka ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perlis dalam Op Cantas Khas kira-kira pukul 8 malam.

"Salah seorang daripada suspek yang ditahan dipercayai ahli Geng 04, lapan lelaki Geng 08 manakala seorang lagi Geng Satu Hati," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.

Kelmarin, polis menahan sem bilan lelaki ahli Geng 04 dan 08 di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam, Kedah dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran untuk mem buang tatu di badan mereka. - UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa