Sejak kejadian tembak menembak yang menyaksikan “taiko-taiko” geng 04 tumpas di Pulau Pinang baru-baru ini, pihak PDRM mempergiatkan operasi membanteras aktiviti-aktiviti jenayah di seluruh negara.
Sejak Sabtu lalu, dilaporkan beratus-ratus suspek telah ditahan pihak berkuasa di dalam operasi-operasi yang telah dijalankan secara bersepadu di setiap negeri, termasuk yang terlibat dengan jenayah dan pelbagai kesalahan lain.
Nampaknya pihak PDRM benar-benar serius. Ops Cantas dilaksanakan demi mengurangkan kadar jenayah sejak fenomena tembak menembak berlaku di negara kita hampir setiap hari.
Sekonyong-konyong itu, puak pembangkang cuba “menangguk di air yang keruh”. Kononnya Malaysia tidak lagi selamat. Johor dicop Guan Eng sebagai negeri penjenayah. Macamlah Pulau Pinang itu “suci sesuci”nya…
Lima orang penjenayah ditembak mati, dan DAP menawarkan diri menjadi pembela mendiang-mendiang penjenayah itu. Rayer kata, mereka bukan penjenayah atau “gangster”, padahal di kereta mayat pun tertera angka “04”! Apa tandanya?
Pada hemat saya, Ops Cantas yang dilaksanakan pihak PDRM akan dikritik puak pembangkang tidak lama lagi. Maklumlah, mungkin mereka risau “konco-konco” yang menaja mereka sudah tidak bebas lagi berkeliaran mencari mangsa dan berbuat sesuka hati…
Bila kegiatan kongsi gelap diganggu, sudah tentu kurang “masyuk” dan “taiko-taiko” mereka susah dari makan. Perkara itu akan menyebabkan dana tajaan yang masuk ke poket pihak tertentu berkurangan, bukan?
Sebenarnya, saya belum pernah jumpa lagi ahli politik di negara lain yang membela penjenayah secara terbuka seperti DAP. Mereka betul-betul “hebat” kerana mampu menunjukkan “warna sebenar” mereka dikhalayak umum.
Namun saya bangga, Ketua Polis Negara bukanlah seorang yang pengecut dalam tindakannya menjaga keamanan dan keselamatan negara. Tan Sri Khalid Abu Bakar tegas memerangi penjenayah dan tidak akan membenarkan mereka berbuat sesuka hati di Malaysia.
Dulu, Wee Choo Keong pernah mengaitkan pemimpin DAP mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan “gangsterisme” dan kegiatan kongsi gelap. Malah kes kematian Teoh Beng Hock hampir menemukan pihak berkuasa dengan kegiatan haram di dalam parti “chauvinis ultra kiasu” itu.
Namun mungkin dia diugut dan keselamatannya terancam, mulutnya bagaikan terkunci rapat. Entah bila dia akan berani membuka mulutnya semula. Tapi beranikah dia?
Justeru itu, saya menyarankan agar pihak PDRM menjalankan siasatan secara terperinci terhadap DAP dan hubung kait parti itu dengan kegiatan kongsi gelap di negara kita. Bukanlah sengaja mahu menganiaya, tapi banyak sangat desas-desus mengaitkan parti itu dengan kegiatan kongsi gelap!
Bukan apa, saya tidak mahu sebuah parti politik yang kononnya menjaja diri sebagai “bersih” dan “telus” di depan rakyat, tapi padahal penuh dengan segala “keharam jadahan” tahap melampau sehingga merosakkan keamanan dan keselamatan negara.
Sekiranya siasatan pihak PDRM terhadap DAP itu mendapati parti tersebut punya kaitan dengan kegiatan jenayah, maka dengan bukti yang ada, ambil saja tindakan sewajarnya. Usah gentar dengan ugutan politik ganas mereka. Saya yakin, majoriti rakyat teguh bersama PDRM…
1 comment:
TERIMAKASIH banyak-banyak kpd. YB Menteri KDN, KPN dan POLIS-POLIS BERJASA kita!
Patutnya mana-mana NGO si loyar-loyar SAMPAH DAPigs/PKR digelar NGO LOYAR SAMPAH utk. GANGSTERS! Sebab itu, JANGAN bagi peluang lansung pd. DAPBANGKAI MEMERINTAH Tanah Melayu ini - kerana penjenayah akan BERKUASA dan polis/pemimipin ISLAM/MELAYU akan terus diHINA/diPIJAK/diTENDANG/diGERTAK dgn. undang-undang "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si hipokrit Barat-Zionis (yg. sekutu kuat si DAPBANGKAI/PKR)! Jadi KDN memang mesti menyiasat kemungkinan besar penglibatan SAMSENG DAPigs/PKR dlm. geng kongsi gelap Cina.
Dan jgn. tunduk lansung kpd. DALANG dua muka Hindraf ini - patutnya si Waythamoorthi ini kutuk ketua geng.geng kongsi gelap CINA yg. MENAJA kebanyakan geng kongsi gelap INDIA. Utk. menghasut kaum India benci pd. kaum Islam/Melayu, termasuk melalui pelbagai JENAYAH kejam. Sila lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/10/Gang-36-one-of-the-most-feared-in-the-nation.aspx, Gang 36 one of the most feared in the nation, Saturday August 10, 2013:
KUALA LUMPUR: Gang 36 was originally made up of Chinese members before it was taken over by Indians to become one of the most feared secret societies in the country…..The expert said there were still Chinese members in Gang 36, but they played a more passive role as “investors”. They pour money into the gang to fund its activities which allow them to double their money.
“Most of the time they would have legitimate jobs like in real estate.”
…..He said the fear surrounding Gang 36 had led to many thugs just using its name to set up their own units, adding that membership was hard to verify with it being such a loose organisation…..
Dan siapa pula belakang geng kongsi gelap Cina ini? Disyaki Mossad-MI6-CIA, yg. berpusat di S'pura (lihat di
http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009), melalui sekutu mereka, Cina SAMSENG PAP-DAPigs/PKR. Lihat di -
1. http://www.globalresearch.ca/america-is-running-the-worlds-largest-terrorist-operation/5339835, America Is Running the World’s Largest Terrorist Operation, By Washington's Blog, Global Research, June 20, 2013; dan
2. http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011.
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
Post a Comment