Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, August 16, 2013

BACAAN PAGI JUMAAT:APA YANG AHLI UMNO WAJIB TAHU DAN LAKUKAN SEMASA PEMILIHAN!!!



Pemilihan Agung UMNO merupakan event yang paling dinanti-nantikan, baik oleh orang UMNO mahupun orang bukan UMNO. Bahkan pemilihan baru pemegang-pemegang jawatan turut mendapat perhatian dunia memandangkan sebarang perubahan dalam UMNO, turut mempengaruhi perubahan pentadbiran negara.

Di Perak, Menteri Besarnya, Zambry Abdul Kadir sudah pun memaklumkan bahawa dia tidak akan bertanding bagi sebarang jawatan Majlis Tertinggi (MT). Alasan yang diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak itu ialah, sebagai Menteri Besar, secara automatik dia akan dilantik sebagai ahli MT. Katanya lagi, dia boleh berkongsi memberikan buah fikiran dan menerima pandangan dalam mesyuarat MT sekalipun tumpuan utamanya adalah pentadbiran negeri.

Menteri Kewangan Kedua yang juga merupakan pemimpin UMNO Perak, Ahmad Husni Hanadzlah, juga tidak akan mempertahankan kedudukannya dalam MT bagi memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin muda.

Itu contoh yang diberikan. Namun adakah contoh daripada kedua-dua orang pemimpin tertinggi UMNO Perak itu akan dituruti oleh pemimpin-pemimpin peringkat bawahan?

UMNO sudah terlalu lama menjadi gudang ternak manusia serakah yang tidak sedar diri dan tidak tahu diuntung. Kebanyakan daripada mereka sangat bijak bermain politik dalam UMNO tetapi apabila kepandaian dan kepintaran politik mereka diterjemahkan ke dalam bentuk Pilihanraya, mereka tidak ubah seperti pondan yang tercekik putik durian. Haram tak bertelur malah tiba-tiba sahaja menjadi manusia paling bongok yang terpegun melihat peruntukan besar untuk operasi dan aktiviti pilihanraya.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

1 comment:

Jane Duncan said...

Kerana ramai yang sudah lemak dan berada dalam "comfort zone" dan sudah cukup-cukup mengeksploitasi kedudukan dan sudah "graduatekan" diri dari potesi yang ada dalam latihan politk menjadi graduate hartawan, maka yang lain-lain yang belum cukup "angkut" akan seterusnya mahu bertahan supaya dapat graduate sebagai hartawan juga nanti. Legasinya pula mahu diwarisi kepada anak-anak mereka. Mereka sudah diingatkan supaya segera membayangkan bahaya yang akan menimpa kepada umat Melayu dan UMNO khasnya, namun adakah mereka ambil kisah? Lupakah mereka apa jenis kekayaan pun jika didapati dari jalan yang tidak diredhai tidak akan bertahan lama? Pemimpin UMNO baru mesti dari yang mahu berjuang untuk negara , ugama & rakyat , dan bukan berjuang untuk poket sendiri sahaja! Oleh itu dahulukan mereka yang ada semangat juang, cintakan bangsa, mempunyai intelligence dan beriman dan takutkan azab Allah jika menyeleweng!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa