Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, August 10, 2013

ANGGOTA TENTERA KENA TEMBAK DI SEMPADAN NEGARA!!!


Seorang anggota tentera yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya, kejadian berlaku pukul 4.30 pagi ketika anggota tentera yang berusia 26 tahun itu selesai membaiki pagar yang dikopak di kawasan berkenaan. 

Sementara itu, berdasarkan laporan yang diterima polis, mangsa sedang melakukan rondaan bersama seorang lagi anggota tentera dengan menaiki motosikal tentera apabila mereka ternampak bahagian pagar keselamatan yang dikopak. 

Mangsa kemudian turun daripada motosikal dan membaiki pagar itu sebelum ternampak cahaya lampu suluh dari arah negara jiran. 

Mangsa yang selesai membaiki pagar itu kemudian berjalan menuju ke motosikal sebelum kedengaran bunyi letupan tembakan yang mengenai mangsa. 

Mangsa digegaskan ke Hospital Kangar dan didapati terkena enam das tembakan iaitu dua pada paha kanan, satu pada paha kiri dan tiga pada bahagian belakang. 

Rakan setugas mangsa dilapor tidak mengalami kecederaan. – Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Saya harap Allah SWT akan menyembuhkan PERWIRA tercinta kita ini. Saya syak tujuan keganasan ini adalah utk MENGHASUT umat Islam/Melayu di Malaysia ini menyalahkan dan membenci umat Islam di selatan Thailand, yg sedang ditindas dan dibunuh dgn kejam, termasuk menuduh mereka sbg 'pengganas' - maka mereka akan dihalang jadi pelarian Islam di Malaysia ini.

Umat Islam Thai ini sudah lama merana kerana pemimpin/bijak pandai Islam mereka, terutamanya guru-guru Islam di selatan Thailand ini makin ramai dibunuh oleh PENGGANAS, yang disyaki dari kumpulan “Baju Merah“ dari parti pembangkang UDD yang pro-bekas PM Thailand, bangsa China Thai, Thaksin Shinawatra, yang sekutu kuat Barat-Israel - lihat di http://www.nst.com.my/latest/south-thailand-ngos-seek-malaysia-s-help-1.329705, South Thailand NGOs seek Malaysia's help, 30 July 2013. Selatan Thailand ini juga kaya minyak-gas.Lihat si HIPOKRIT Barat-Israel, yg merupakan DALANG SYAITAN sebenar belakang semacam jenis keganasan di:

1. http://www.globalresearch.ca/america-is-running-the-worlds-largest-terrorist-operation/5339835, America Is Running the World’s Largest Terrorist Operation, By Washington's Blog, Global Research, June 20, 2013; dan

2. http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011!

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa