Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, July 27, 2013

PENGGANAS SULU HANTAR SURAT MAHU SERANG LAHAD DATU KALI KEDUA!!!???



SANDAKAN, 26 Julai — Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib Jumaat mengulangi penegasannya bahawa surat yang mendakwa ada gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu ke Sabah bulan depan adalah tidak benar.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat di Sabah agar tidak bimbang kerana pada masa yang sama pasukan keselamatan tetap mempertingkatkan kawalan.

“Elakkan menyebarkan khabar angin hingga boleh menakutkan penduduk negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.

Surat bertarikh 3 Julai itu yang ditandatangani oleh ‘Komando Militan’ bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan, memberi amaran mereka mahu memulakan perang di daerah itu pada Ogos ini sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Mac lepas.

Dalam pada itu Hamza turut meminta orang ramai, khususnya pemimpin masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas kepada pihak keselamatan.

– BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

orang bodo je yg.anta surat beritahu bila nak serang..

gen2felda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa