Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, July 04, 2013

PANAS:LAGI BUKTI ANWAR IBRAHIM BERSEKUTU DENGAN YAHUDI DIDEDAHKAN!!!


PENULIS tidak bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam YB Liang Teck Meng (BN) yang mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hipokrit kerana menyimpan wang dalam jumlah yang besar dalam bank-bank Israel tetapi dalam masa yang sama mengutuk kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.

Entah dari mana Ahli Parlimen asal Gerakan ini memperolehi maklumat yang menunjukkan Anwar mengutuk konsisten mengutuk Israel, mungkin berdasarkan satu dua sokongan Anwar dan pakatan pembangkang pimpinannya terhadap satu dua kejadian kekejaman regim Zionis yang menggegar dunia.

Setakat satu dua itu, belum cukup lagi nak kata Anwar anti Israel.

Selain akaun dalam bank di Israel yang didedahkan Liang Teck Meng (berdasarkan sumber dari Wikileaks) kelmarin, Anwar kita tahu jarang mengutuk Israel secara terbuka, melainkan merujuk kepada satu dua kes yang tidak boleh dielak, kalau sokong juga, nanti nampak sangat pro Yahudi.

Pada Anwar biarlah pro Yahudi, tapi jangan nampak sangat.

Di kemuncaknya, Anwar secara terbuka memberikan komitmen untuk melindungi Israel pada Januari 2012 dalam satu temuramah dengan The Wall Street Journal.


Semua ini menunjukkan Anwar memang konsisten tentang menyokong Israel dan fakta ini patut disebutkan selalu, takut-takut pulak ada yang terlupa.

Dalam masa yang sama, sementara isu wang simpanan Anwar bernilai beratus juta ringgit di luar negara ini bakal menjadi isu besar, Anwar wajib menjelaskan kepada rakyat berapa simpanannya di dalam negara pulak?

Maklum sajalah, kalau budak belaan Anwar macam Ahli Parlimen Pondan eh Pandan, si Raspussy itu diangkat macam hero rakyat kerana mendedahkan akaun syarikat NFC, kenapa jumlah wang akaun Anwar dalam bank tidak boleh didedahkan pulak?

Kan Anwar menyokong ketelusan dan keterbukaan?

3 comments:

SentiasaPanas said...

Malang sungguh apabila manusia yg mengaku Ulama sama bersekongkol dengan musuh2 Islam ini. Yang seagama di KAFIRKAN, musuh dipeluk erat..

Anonymous said...

so YB PONDAN eeeeehhh salah...PANDAN, apa lagi? klu awak boleh dedahkan akaun NFC, kenapa tidak anwar? fair ma.....

Anonymous said...

Satu cara saja..hanya satu cara sahaja iaitu pemimpin-pemimpin UMNO dan BN kena berani!!!. Kalu tak berani banyak, berani sikit pun cukuplah. Berani meyakinkan rakyat kejahatan pihak sana. Ulang secara berterusan.

Berani timbulkan kerana pihak yang satu lagi mampu menjadikan dari yang tak ada kepada ada, malahan meletup dan menghancurkan.

BN kena kenal pasti "panglima" parti itu yang boleh berucap dengan jelas dan bernas. Yang boleh mematahkan hujah Pembangkang dengan berkesan. Kuda muda yang mampu digunakan dalam situasi perang.

Sekarang jenis begitu hampir tak ada. Munkin lansung tak ada dari atas sampai ke bawah. Mungkin kerana yang ada tua-tua belaka? Yang muda bijak dan bertenaga tak dibenarkan masuk parti?

Jika ini tidak diperbetulkan SEGERA habislah.

MCY

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa