Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, July 20, 2013

ORANG UMNO TAK SEMBAHYANG!!!???


Saya percaya bahawa umat Islam di Kuala Besut semuanya bersaudara. Sama ada UMNO atau PAS, semuanya diikat dengan tali silaturrahim berasaskan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW sejak dulu lagi.

Allah berfirman di dalam Al-Furqan yang mafhumnya berbunyi “sesungguhnya orang-orang mukmin (Islam) itu bersaudara” dan kita sesungguhnya saudara seagama dari keturunan Nabi Allah, Adam AS…

Pada saya, umat Islam di Kuala Besut hanya dipisahkan oleh fahaman politik masing-masing. Mungkin Pok Cha merupakan penyokong PAS dan adiknya Pok Die pula seorang penyokong UMNO tegar.

Namun saya yakin, Pok Cha takkan sampai hati menuduh adiknya kafir dan tidak menunaikan solat. Dan begitu juga sebaliknya. Berbeza fahaman politik, tapi tetap bersaudara…

Tapi baru-baru ini ada datang seorang “cikgu pencen” dari Kelantan yang bernama Nik Aziz Nik Mat yang cuba memecah-belahkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di Kuala Besut. Dia datang berceramah dan berkempen untuk PAS di Kuala Besut.

Kata Nik Aziz…

“UMNO menyeru kita buat masjid, dia (UMNO) sendiri tak sembahyang” – Nik Aziz Nik Mat, PRK Kuala Besut, Terengganu.

Dari kata-kata Nik Aziz ini, dia menunjukkan betapa “gedebe”nya dia ketika menjadi Menteri Besar Kelantan apabila enggan membina masjid baru di negeri Kelantan. Dia memberi alasan bahawa “orang UMNO tidak sembahyang” sebagai justifikasi untuk dia tidak membina masjid.

Persoalannya, benarkah orang UMNO tidak solat? Apakah benar orang UMNO tidak sembahyang di masjid? Dan bila tidak bersolat, maka dengan mudah Nik Aziz cuba membayangkan orang UMNO sebagai kafir sebagaimana yang dia fatwakan sebelum ini?

Sebetulnya perkara ini pernah dan telah berkali-kali menjadi perdebatan di antara PAS dan UMNO. PAS menuduh dan UMNO mempertahankan aqidahnya sebagai muslim.

Saya tidak kisah sama ada Nik Aziz tidak mahu membina masjid di Kelantan. Kalau membina rumah Allah pada Nik Aziz itu tidak membawa sebarang faedah pada umat Islam, saya tidak kisah dengan pendirian bekas MB Kelantan itu. Itu dia punya pasal…

Namun, kalau enggan bina masjid untuk umat Islam di Kelantan sekalipun, tak payahlah sampai menuduh orang UMNO tidak sembahyang! Siapa kata orang UMNO tidak solat?

Saya UMNO dan saya solat 5 waktu setiap hari. Dan saya yakin, berjuta lagi orang UMNO yang solat 5 waktu setiap hari. Malah ramai ahli UMNO yang begitu konsisten mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah bila azan dialunkan!

Cuma kami tidaklah seperti PAS. Kami tidak canang ke seluruh negara bahawa kami tunai solat 5 waktu setiap hari. Kami juga tidak beritahu dunia bahawa kami lebih Islam dari orang lain. Sebabnya, kami yakin Allah SWT tahu apa yang kami lakukan pada setiap saat…

Soalnya, siapa Nik Aziz yang mahu menuduh orang UMNO tidak solat? Kalau Nik Aziz nak tahu, ramai lagi orang PAS yang langsung tidak solat walau sekali dalam sehari. Malah di saat umat Islam berpuasa, dia sebok cari gerai tersembunyi membeli nasi bungkus di waktu tengahari!

Nik Aziz juga perlu tahu bahawa ada juga orang PAS yang beli nombor ekor. Ada juga yang berjudi dan melanggan pelacur. Malah ada juga yang sanggup bermukah, menggoda isteri sahabat sendiri sebelum “dicuri” untuk dijadikan isteri nombor dua!

Pada saya, tentang solat, puasa, zakat dan segala amalan itu adalah terletak pada diri seseorang itu. Sama ada orang UMNO atau PAS, ada di kalangan mereka yang melakukan pahala dan dosa. Ada muslim yang baik dan ada pula yang kufur. Namun UMNO atau PAS bukanlah ukuran pada solatnya!

Bak kata Ustaz Nasharuddin yang dibenci sangat oleh Nik Aziz, tidak semua orang UMNO itu syaitan dan tidak semua orang PAS itu malaikat. Dan begitu juga sebaliknya, bukan? Tidak semua orang PAS itu syaitan dan tidak semua orang UMNO itu malaikat.

Nik Aziz sebagai individu yang kononnya seorang “Mursyidul Am”, perlu berlaku adil dalam sebarang “kalam” yang mahu disampaikan pada jemaahnya, termasuk di Kuala Besut. Dia patut jaga lidahnya sementara usianya masih ada. Risau juga kalau tak sempat meminta maaf dari orang UMNO nanti!

Pada saya, usahlah kerana politik maka Nik Aziz sanggup menuduh orang Islam lain tidak sembahyang. Jangan fikir orang PAS saja yang lebih Islam sedangkan ramai juga orang UMNO yang jauh lebih sempurna Islamnya berbanding Nik Aziz sendiri.

Harapan saya semoga ada pihak di dalam PAS yang tampil memperbetulkan minda Nik Aziz sebelum terlambat. Bukan apa. Tempohari khabarnya terbit darah dari mulut Nik Aziz. Tolonglah jaga “lidah” sebelum mulut itu berdarah sekali lagi, boleh?--SUMBER

5 comments:

Anonymous said...

Diaorg ni pun tak agak agak, dok usung ke ulu ilir, sian tok tu, uzur sgt dah tu, bnyk dah ciri ciri dementia, jgnlah ambik hati. Maafkan aje la.

Unknown said...

dan kami x la nak pakai baju logo2 pas, unit amal pas dan ape ntah lg ke surau2 dan masjid..cukup baju melayu/jubah dan berkopiah/songkok..x de nak pakai vest2 bagai

Anonymous said...

Yakinkan anda semua bahawa Allah swt akan menerima sembahyang anda? Musabah diri sendiri terlebih dahulu, adakah anda menunaikan segala perintah Allah swt, adakah diri anda bebas dari riak,kufur,pecah amanah,mengamalkan rasuah dllnya?

Anonymous said...

Allah swt tidak menerima apa jua amalan yang dilakuan oleh orang orang yang terang terangan berkelakuan munafik,dayus,menerima dan memberi rasuah, musabahlah diri anda sendiri, adakah anda tergolong dalam kategori yang dinyatakan.

Anonymous said...

Yang pasti Nik Aziz bulan puasa pun tak jaga mulut demi berkempen ke PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa