Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, July 18, 2013

JANGAN CABAR ORANG MELAYU:MUHYIDDIN

PAGOH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mencabar dan mempersendakan kesucian Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Muhyiddin berkata perbuatan mempersendakan Islam seperti yang dilakukan pasangan Alvin Tan dan Vivin Lee baru-baru ini, semakin timbul kebelakangan ini yang dikhuatiri mencetuskan kemarahan umat Islam sekali gus menjejaskan hubungan kaum di negara ini.

"Kedudukan Islam tidak boleh dipersoal kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan negara. Saya bimbang kalau hal ini (persenda) berlaku sepanjang masa dan menjadi trend sehingga orang Islam tidak boleh bersabar lagi," katanya.

Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata demikian berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau parlimen berkenaan, di Masjid Jamek Paya Redan, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Puan Sri Norainee Abd Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Adun Bukit Serampang Ismail Mohamed. 

Beliau berkata perbuatan kedua-dua pasangan itu tidak boleh dimaafkan dan tindakan segera untuk mendakwa mereka perlu dilakukan memandangkan sudah ada bukti yang mencukupi.

Menurut Muhyiddin beliau amat menyokong tindakan segera terhadap mereka atau sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan seumpama itu kerana ia tidak boleh dibiarkan.

"Kita mesti tunjuk prinsip kita dalam mempertahankan kesucian agama. Kita mahu pastikan Islam tidak boleh dinodai oleh sesiapa," tegasnya.

Timbalan perdana menteri berkata agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri juga perlu mendidik orang ramai bagi membendung perbuatan sama daripada berulang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata orang ramai tidak boleh menyalahkan sistem pendidikan negara memandangkan ada pihak menuduh sistem pendidikan negara sebagai punca tercetusnya perbuatan kedua-dua pasangan terbabit.

Kedua-dua pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. - Bernama

7 comments:

sani ali said...

JP bagitahu muhyiddin jgn jadi Hashamuddin asik amaran saja tiada tindakan...itu bacul nama nya,ambil tindakan segera sebelum bangsa melayu hilang sabar.kenapa 4 melayu yang di tangkap kerana kerajaan lambat bertindak..yg menghina lepas bebas yg di hina terkurung murung walaupun dia bertindak kerana hilang kesabaran tp sampai bila nak sabar syik amaran asaja.....

Anonymous said...

Salam.nampak lagi tegas tsmy dari najib..najib baca kenyataan pun terketar smalam...nampak sangat tergagap..baca teks,..takut cina latri...hahah...
Tsmy wajib bertanding prsiden UMNO...

Budakteranung

Anonymous said...

Jangan cakap aja berdegar2 dah la.Ah Jib Gor tak payah jadi popular rakyat mahu keamanan dan keselamatan terjamin.

Anonymous said...

Saya setuju sangat TSMY tanding jawatan Presiden Parti keramat UMNO.
Nampak gayanya Najib hanyalah salinan Pak Lah. Hidup UMNO....

Anonymous said...

Najib hanya nak lawan Anuwar jadi PM Popular. Tak layak jadi Presiden UMNO. Langsung tak ada jiwa Melayu.

Kalau berani, buat lah macam mana Lee Kuan Yew tindas dan aniaya Melayu Singapura.

Gua rela Malaysia jadi padang jarak daripada dihina oleh anjing2 dan babi2. Ada ketua2 Melayu pun pondan dan bacul.

Yang Melayu2 pembangkang pulak macam ********** menyokong anjing2 dan babi2 ini.

Anonymous said...

Muhyiddin pon bukannya cherdik sangat pon..ashek nk tegor bagi amaran...

Umno la pelingkop negara ini sebenarnya dengan dasar songsang sekolah china yg melampau lampau..muhyiddin terlibat sama ..mahathir , Lah Lembik , Najib Apom pon tak berguna juga dalam isu sekolah vernakular....

Allah swt nak tunjok yg Umno ni bongok nak mampos sembah undi china kapir berak tak basoh....last2 china lempaq bantuan umno...

Itu pon pemimpin kepala butoh umno tak sedaq diri masih nak ihsan china lagi...

Mahathir pelingkop Melayu Penang....

Keras sikit la oi pemimpin Umno yg macham jelly...you orang semua macham SIAL je bela orang Melayu konon...

Anonymous said...

Buat kerja...tumbangkan Najib pada perhimpunan nnt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa