Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, July 26, 2013

HADIAH HARI LAHIR NAJIB TUN RAZAK!!!


APA lagi hadiah hari lahir yang paling berharga buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang genap usianya 60 tahun semalam, melainkan dapat memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang tamat hari ini.

Lebih manis lagi, kemenangan ini bukan kemenangan yang biasa, tapi luar biasa.

Selain meningkatkan majoriti undi kepada 2,592 berbanding keputusan dalam PRU13 yang diperolehi Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar (2,434), calon BN kali ini, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman juga berjaya menang di semua peti undi dalam DUN Kuala Besut, termasuk 2 yang kalah dalam PRU13 yang lalu.

Apatah lagi dengan peratusan keluar mengundi kali ini sebanyak 80% yang jauh lebih rendah berbanding PRU13 (87%), pun calon BN dapat meningkatkan majoriti undinya, menunjukkan ada peralihan undi dari pihak PAS kepada BN.

Ternyata pemilihan calon yang tepat dan strategi yang mengena, menjadi punca kepada kemenangan bergaya BN kali ini.  Tahniah kepada semua jentera BN dikepalai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Timbalannya, Datuk Seri Idris Jusuh dan lain-lain yang bertungkus lumus sejak 12 Julai yang lepas untuk memastikan kemenangan BN.

Tak disebutkan lagi ujian berkempen dalam bulan puasa.

Sudah tentu kemenangan ini bukan bermaksud segala-galanya telah lengkap untuk BN.  Kemenangan ini hanyalah satu petanda jelas bahawa orang Melayu masih kuat menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Tidak seperti yang ditohmahkan sesetengah pihak bahawa pengaruh BN semakin merosot, berkiblatkan kepada keputusan PRU13 yang lepas.  Malah dikatakan juga bahawa populariti Perdana Menteri menjunam teruk kebelakangan ini, dengan antara lain disumbangkan oleh keputusan PRU yang disebutkan di atas.

Kejayaan gemilang di Kuala Besut ini ternyata mengubah segalanya.

Penulis harap Perdana Menteri tidak berhenti berusaha untuk memastikan lebih banyak kejayaan untuk BN di masa akan datang.  Jentera BN diceruk mana pun dalam negara ini tidak boleh sesekali berasa selesa dan harus bekerja kuat untuk memastikan BN terusk kekal relevan sebagai parti pilihan majoriti rakyat Malaysia.

Pedulilah majoriti kecil ke besar, janji majoriti.  Banding pembangkang yang takdak majoriti apa pun dan tidak dapat membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

Akhir kata, tahniah, tahniah, tahniah.--SUMBER

12 comments:

Anonymous said...

Jangan nak hipokrit... Prestasi Najib menghampiri Pak Lah dan mungkin dari sudut tertentu Pak Lah lebih baik. Hingga kini, Najib masih meneruskan siri-siri mengguris perasaan Melayu...

Anonymous said...

dah 60 tahun tu patut pencen dah. sudah2 la najib.

Anonymous said...

anwar dh lbh 60 thun xnk plak suruh bersara????lim kit siang ????nik aziz????buta ke woi...

Anonymous said...

Betui...Najib banyak bermimpi disiang hari...ini semua pengaroh Rosmah...

Anonymous said...

BN menang di Kuala Besut kerana majority Melayu sedar, memberi undi kepada PAS bermakna beri kuasa pada DAP. Mereka tidak ada pilihan lagi. Ini bukan factor Najib ya!

Jangan lupa satu lagi hadiah paling besar kepada Najib ialah persitiwa di SK Pristana!

Hapuskanlah lagi undang undang pencegahan. Inilah akibatnya!. Saya merasakan kalau tidak ada tindakan drastic dilakukan alamat tragedy 13 May bakal berulang!

Anonymous said...

sokong anom 26 1.37 pm ...
sokong anom 26 11.07 am ...

martabatkan melayu ...
singkirkan ah jib gol dari kekal sebagai pm ...
singkirkan semasa PAU ...
sebelum semuanya terlambat ...

Anonymous said...

Saya sebagai ahli Umno mengharapkan agar dato najib berundurlah sebagai pm demi untuk rakyat malaysia.

saya tak peduli tentang lim kit sang ataupun anuar ibrahim hendak memegang kuasa sampai kojol.

Tapi sebagai pemimpin Umno,dia haruslah tegas ,bijak,boleh berfikir sendiri dan melaksanakan sesuatu perkara bagi kepentingan golongan terbanyak.Bab inilah najib tidak ada dan dia harus akuinya.

Anonymous said...

Lagi manis jika tuan punya diri mengundurkan diri sebagai PM sebagai hadiah harijadi untuk orang islam dan melayu.

Anonymous said...

Kalau dah merosakkan masa depan orang melayu dan tak reti ambil peluang atas undi melayu demi melayu islam,baik berhenti shj la...

Anonymous said...

No more respect dari aku pada NAJIB...hari jadi?? Ptuiii laa..tgk muka dia pn aku dh meluat..tk pernah aku tgk melayu islam di hina sebegini teruk..era Pak lah pn xde mcm nie..nampak sgt Najib Barua bangsa Pendatang...celaka la ko NAJIB..

Anonymous said...

MACAI PENCACAI UMNO..PM AKAN KATA KEMENANAGKAN BN DI KUALA BESUT HADIH HARI LAHIR PM NAJIB..JIKA KALAH TAK KATA PA APA APUN.. UMNO TU TINGGAL NAMA AJALAH.. MELAYAH TUNTUTAN DEMI TUNTUTAN PUAK YG ANTI UMNO DAN BN...DAN ISLAM..AH GIB GOR U CAN GO TO HELLLLLLLL

Anonymous said...

udah2lah PM,orang melayu dh semakin lemas.Bagilah nafas baru pada umat melayu.Asik kena buli dgn penasihat tgk 4 shj.Hidup kita jgn di belenggu dgn perasaan perasan, akan runtuh bangsa melayu nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa