Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, July 20, 2013

GEMPAR MALAM MINGGU:CALON PAS PRK KUALA BESUT BAYAR RM11 JUTA KEPADA KERAJAAN!!!





Pengakuan calon PAS Kuala Besut Endot@Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long yang mendakwa beliau merupakan antara kontraktor terbaik di Kelantan kerana mampu membayar RM11 juta untuk menyiapkan projek “Deferred Payment”, Maahad Sains Tahfiz Daerah Kusial Kuala Krai, Kelantan menjadi satu isu.

“Deferred payment” merujuk kepada sesuatu projek yang harus disiapkan terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran penuh daripada pihak penganjur.

“Saya berkelulusan SPM sahaja tetapi sijil bukan penentu segala-galanya. Bukan sijil jadi ukuran, bukan wajib ada. Saya tak sekolah tetapi boleh menjadi kontraktor terbaik di Kelantan.

“Buat tahfiz sains RM11 juta, buat dulu 100%, baru kerajaan bayar secara berperingkat.

“Orang ngaji sekolah tinggi, ada kontraktor macam saya, satu dua projek fail (gagal), dia ngaji Amerika,” katanya dilaporkan FMT.

Terengganutoday.com menganggap kenyataan Che Long itu angkuh dan memperlekehkan kontraktor-kontraktor lain di negeri Kelantan.

“Persoalan yang meniti di bibir ahli ahli perniagaan yang pernah mengenalinya setelah menilai rekod syarikat pembinaan, dakwaan beliau banyak yang menimbulkan keraguan.

“Pada mereka, sepanjang 10 tahun penglibatan Che Long di dalam perniagaan beliau, keuntungan yang mampu dijana syarikat beliau adalah hanya sekitar RM 5 juta hingga RM8 juta.

“Lebih-lebih lagi, kadar keuntungan yang dicatat adalah sebelum cukai sebanyak 15%.

“Jadi, di manakah wang RM11 juta diperolehi oleh Che Long atau syarikatnya untuk menyiapkan dahulu projek tersebut atau ada sesiapa yang menaja dan membiayainya? Mungkinkah bekas Exco yang menjadi proksinya berada di belakang tadbir?, “soal Terengganutoday.--SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

part last skali tu mmg paling bodoh..blaja tinggi2 tapi x tau mengira..bukan 18:16 la ngok...kalo BN menang 17:15 la bodoh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa