Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, June 30, 2013

PAS DAN PKR PERANG REBUT KERUSI DUN KUALA BESUT!!!???


Oleh Nora Azlina Shaari

Benarlah tanggapan kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam selepas satu persatu agendanya dilancarkan.

Sikapnya yang memang maha putar belit setiap kenyataan yang dibuatnya. Buktinya jelas apabila Anwar sendiri gelojoh mengenai isu PRK di Kuala Besut iaitu kekosongan kerusi DUN kawasan itu selepas penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar baru sahaja meninggal dunia Rabu lalu.

Isu yang selama ini dikendong iaitu SPR tidak telus serta gesaan mahukan Ketua dan Timbalan SPR meletakkan jawatan hilang secara tiba-tiba dek kerana kerakusan beliau untuk menghadapi PRK di negeri Pantai Timur itu.

Baru sahaja beberapa hari lalu Anwar mengeluarkan kenyataan menyokong baik PAS untuk menyertai PRK Dun Kuala Besut.

Jelas sekali Anwar teruja kerana salah satu parti, PAS di bawah parti gabungan PR seolah-olahnya dapat mengembalikan maruah PR yang tercalar dalam PRU13 yang lalu kerana kalah dengan kerajaan BN. BN kini mempunyai 16 kerusi berbanding PAS yang memiliki 14 kerusi dan PKR satu.

Tetapi, berlainan pula hari ini apabila Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, parti itu mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan berkenaan yang sebelum ini ditandingi calon PAS, Napisah Ismail.

Malah, ada juga cakap-cakap dari dalaman PKR sendiri memberitahu Anwar sendiri yang mendesak Azan mengeluarkan cadangan supaya PKR mengeluarkan calon bertanding dalam PRK dan bukanlah calon dari PAS.

Seperti biasa, PAS yang hanyalah parti minoriti dalam PR seakan-akan terpaksa akur dengan keputusan itu dan menerima baik cadangan dari PKR serta sedia berbincang lebih lanjut.

Walaupun di awalnya Anwar berpura-pura menyokong PAS meletakkan calon dalam menghadapi PRK, nampaknya Anwar telah menggunakan kepakarannya untuk mencaras peluang PAS menakluk Kuala Besut.

Tetapi, persoalannya, apakah PAS rela PKR menolak ke tepi peluang yang sudah pun ada untuk mendapatkan kuasa di DUN Kuala Besut?

Sekali lagi, pastinya akan berlaku pertindihan calon dalam PRK kali ini seperti mana yang berlaku di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir pada PRU13 lalu.

Semuanya kerana sikap rakus Anwar yang mahukan PKR lebih dari segala segi dan mahukan partinya itu terus berkuasa dari PAS.

Sekiranya calon PAS tidak diletakkan untuk bertanding dalam PRK Kuala Besut, alasan yang akan diberikan adalah tidak ada ‘winnable candidate’ dalam PAS berbanding calon dalam PKR.

1 comment:

usin said...

yang anwar tak sebut dan tak berani keluarkan kenyataan ialah, jika pas menang prk kuala besut bermakna umno ada 16 kerusi dan pas juga 16 kerusi. dgn perkenan tuanku sultan trengganu, maka akan wujudlah kerajaan campuran umno-pas di trengganu. makmal kecil di kuala besut ini sebenarnya akan memberi impak sangat besar dalam usaha anwar merebut jawatan pm. jika kerajaan campuran ini betul2 wujud, jahanam segala usaha pkr dan dap untuk merampas putrajaya. oleh itu para pengundi melayu Islam di kuala besut,anda jadi profesor sekarang. buatlah ujikaji bagi menentukan samada kerajaan campuran ini baik atau tidak kepada umat Islam seluruhnya di Malaysia...pedulikan kata2 poknik yg pasti akan mengulas selari dgn kata2 anwar (melalui proksinya azan ismail), karpal dan lim guan eng. dh boleh baca game mereka. kalu pas menang, pastinya harapan anwar dan dap akan GAME OVER.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa