Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, June 20, 2013

HANDAL:SELAMBER JER MUKHRIZ CARI PASAL DENGAN KEPALA KONGSI GELAP!!!


SYABAS YAB MENTERI BESAR KEDAH...
JANGAN BAGI MUKA...
TEGAS SETEGASNYA...
SYABAS SEKALI LAGI....
JPX

ALOR SETAR 19 Jun - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersikap lebih budiman dan tidak mempolitikkan isu penjualan air tetapi perlu memulakan satu rundingan antara kedua-dua buah negeri.

Beliau berkata, Guan Eng tidak seharusnya menolak hasrat kerajaan Kedah untuk mengenakan caj bekalan air dari Sungai Muda ke atas kerajaan Pulau Pinang kerana mempunyai hujah kukuh berbuat demikian.

"Walaupun kita dengar daripada pihak mereka tidak bersetuju tetapi sekurang-kurangnya satu rundingan perlu dimulakan. Belum runding sudah tidak setuju, tidak berapa 'gentleman'lah kan.

"Kami mempunyai hujah yang rasional untuk digunakan dalam sebarang perbincangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Guan Eng bahawa antara sebab kerajaan Kedah membangkitkan isu tersebut adalah kerana Barisan Nasional (BN) gagal menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum lalu, sedangkan beliau tidak langsung terlintas untuk mempolitikkan perkara berkenaan.

Katanya, isu penjualan air antara kedua-dua buah negeri pernah dibangkitkan oleh kerajaan Pas Kedah sebelum ini yang telah diminitkan dalam mesyuarat Exco selain dibangkitkan dalam sesi pembentangan Belanjawan 2013 Kedah.

"Dakwaan bahawa kerajaan Kedah cuba melaksanakan perkara ini kerana kita 'berdendam' dengan Pulau Pinang adalah tidak berasas.

"Saya ingin mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa lebih baik kita tidak politikkan perkara ini kerana saya selaku Menteri Besar Kedah hendak mempolitikkannya, siapa yang akan terima padah? Tentu sekali bukan Kedah," ujarnya yang menjelaskan belum memutuskan jumlah bayaran yang ingin dituntut.

Menurut beliau, kerajaan Kedah berbelanja untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan berkualiti termasuk memelihara sumber seperti tidak membenarkan pembalakan 'cuci mangkuk' bagi tujuan membina ladang rakyat atau ladang buah-buahan.

Bagaimanapun, katanya, negeri jiran yang menyedut air dari Sungai Kedah kemudian menapisnya dan menjual kepada pihak swasta terutama industri pada kadar harga tinggi sehingga mengaut keuntungan besar.

"Yang mengecewakan, kita sebagai sumber air itu tidak dapat satu sen pun," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mukhriz berkata, pihaknya juga sedang menanti jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenai isu berkenaan dalam Dewan Rakyat.

Katanya lagi, berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini yang kelihatan seperti setuju dengan pendirian Kedah diharapkan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan tuntutan berkenaan.

Tambah beliau, kerajaan negeri bagaimanapun tidak akan memasukkan caj air mentah ke dalam Belanjawan Kedah sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Pas Kedah sebelum ini kerana belum ada sebarang persetujuan pembayaran dari Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan mewujudkan satu jawatankuasa khas supaya lebih bersedia dan dapat mengambil tindakan pantas untuk membantu rakyat yang berdepan masalah akibat bencana alam ekoran cuaca tidak menentu pada masa ini.

Mengenai masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin), beliau membidas sikap pembangkang sebagai tidak bertanggungjawab apabila cuba memutarbelit isu itu sedangkan masalah kolej universiti tersebut berpunca daripada kerajaan negeri terdahulu.--UM

5 comments:

Anonymous said...

Guan Eng ingat kerajaan Negeri Kedah TIDAK MENGGUNAKAN modal untuk memproses air mentah untuk disalurkan kepada mereka. Jangan senang-senang saja mahukan kemudahan air tetapi tidak mahu keluarkan modal. Pergi mampuslah cina DAP.

Anonymous said...

Yaaa laaaa.... Pahang hantar air melalui terowong yang dibina bejuta ka Lembah Kelang pun kena caj.

Pulau Pinang sedut air dari Sungai Muda nak percuma tak mau bayar caj? Mana boleh.

SYABASY DATO' MOKHRIZ.

berasiam said...

Tahniah Datuk Paduka, mesti dalam DUN isu sebegini tidak menjadi pertikaian. Teruslah berjuang untuk rakyat dan negeri Kedah.

Anonymous said...

kalau LGE tak setuju, baik kerajaan kedah ambil alih PBA.

takder letrik tak pa lagi, dari takder air.

cilaka punya LGE nak air free, lepas tu nak kaut untung.

Anonymous said...

Sejarah akan berulang . Pertembungan Tun M vs Lee Kuan Yew MK II atas isu air.

Kita tengok protege mana yg akan menang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa