Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, June 16, 2013

GEMPAR PETANG AHAD:PERJUMPAAN NAJIB DAN ANWAR DI JAKARTA SUDAH TERBONGKAR!!!???


anwar_nafi_jumpa_najib


MEDIA hari ini melaporkan, kononnya berlaku pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim di Indonesia.  

Pertemuan itu katanya membincangkan strategi untuk menyelamatkan Najib dari pemilihan UMNO yang akan datang, selain perbahasan di Parlimen yang kononnya tidak akan menyebelahi kerajaan.

Lawak.

Penulis tak minta sesiapa percaya atau tidak dengan berita ini, terutama di kalangan balaci pembangkang kerana betul atau salah sudah tidak penting lagi sekarang.  

Yang penting pada balaci ialah apa Anwar kata dan sememangnya dalam kes ini pun Anwar sudah confirm dalam account Twitternya bahawa pertemuan tersebut tidak berlaku.

So, apa dan siapa yang mula cerita mengarut ini?

Seharusnya balaci tanya Anwar kenapa dia berada di Indonesia bila Najib juga berada di Indonesia?  Ingat, Anwar pernah cuba tikam belakang pemimpin-pemimpin pembangkang apabila cuba buat perjanjian sulit dengan Najib secara senyap-senyap.

Justeru fokus penulisan hari ini bukan sama ada pertemuan tersebut benar-benar berlaku, tapi lebih kepada kekarutan yang cuba ditimbulkan media tertentu berhubung isu ini.

Dalam soal ini, yang cuba dibayangkan ialah Najib berjumpa dengan Anwar untuk mendapatkan bantuan kerana kononnya ‘prestasi lemah’ dalam PRU yang lepas, soalannya disini, prestasi lemah yang macam mana?  

Kalau Najib yang menang (dilihat dari sudut mana pun) dikatakan lemah, macam mana pulak Anwar yang kalah tapi digambarkan seolah-olah begitu kuat sehingga Najib perlu berjumpa dengannya untuk minta bersekutu?

Ini pemikiran jenis apa?


Anwar bukan setakat gagal menawan Putrajaya, parti dia sendiri PKR pun kurang satu kerusi berbanding 2008.  Anwar hanya berjaya menambah kerusi bagi DAP.

Justeru, ini bukan persoalan betul atau salah, ini persoalan logik.

Soal pemilihan UMNO yang akan datang, bukan kita tak nak ada pertandingan, sebetulnya, banyak pihak taknak melihat perpecahan yang diakibatkan oleh pertandingan itu nanti.  UMNO tak mampu untuk lemah sekarang, semua parti komponen dalam BN bergantung kepada UMNO untuk mempertahankan kerajaan yang sedia ada.

Hakikatnya, kerusi UMNO sahaja kurang 1 dibanding dengan kerusi pembangkang kalau digabungkan semua sekali.

Lagipun Najib ambil langkah berani apabila hapus sistem kuota bagi melayakkan seseorang bertanding jawatan di peringkat Majlis Tertinggi dan seterusnya pada 2009.  

Adakah itu bukti Najib takut bertanding?

Najib bukan Anwar, wujud jawatan Ketua Umum – yang tidak ada dalam perlembagaan PKR pun dan tidak boleh dicabar dalam apa-apa pemilihan PKR, tapi berkuasa penuh macam diktator.  Dilihat dari sudut ini, siapa sebenarnya yang takut?

Ingat macam itu cukup.

3 comments:

Anonymous said...


NAJIB adalah sudah tetap PERDANA MENTERI MALAYSIA. hanya mereka yang suka berkhayal sahaja mencipta mimpi najib dan anuar bolih bertemu, najib terus bekerja untuk rakyaat, anuar cuma main taik selepas geng-geng pas dan dap menolak untuk tidak jadi bodoh tidak mahu angkat sumpah pada 26hb akan datang.

DAP yang selama ini begitu rasis akur dan PAS sebagai pak turut menghormati keputusan sedia berkerja untuk rakyaat yang diwakili, PKR (parti kencing rakyaat) sudah sebati dijiwa raga mereka menang pilihanraya cuma nak mentekedarah gaji wakil rakyaat dan menjulang raja liwat sebagai pm mereka.

??????isi pala hotak orang pkr apa lagi lu mau, tak mau terima keputusan pru 13, bubarkan lah negeri yg dimenangi pkr kerana pengundi hantu bukan manusia sudah pangkah pkr. ini mana sah kan/////

Anonymous said...

Setuju..sokong

Anonymous said...

Pkr patut bubar dan DSAI dilantik menteri kanan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa