Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, June 01, 2013

GEMPAR MALAM MINGGU:LAHAD DATU DISERANG LAGI SEKALI???!!!


Nampaknya ada khabar angin yang tersebar. Tentang pencerobohan semula kumpulan Kiram.

Penduduk Sabah khususnya di Sandakan dan Lahad Datu diingatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya pengganas kumpulan Kiram merancang menceroboh kawasan itu sekali lagi pada bila-bila masa.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, khabar angin itu adalah tidak berasas dan bertujuan menakut-nakutkan penduduk di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau keadaan keselamatan di kawasan berkenaan bagi melindungi rakyat serta mempertahan negara daripada sebarang ancaman.

Katanya, sehingga hari ini, anggota keselamatan masih menjalankan kerja-kerja memantau keadaan di Sabah dan pihaknya akan memaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai di kawasan terbabit supaya tidak mempercayai khabar angin itu kerana kita memantau menerusi kerjasama PDRM selain maklumat daripada perisikan," katanya.

Zulkifeli mengulas khabar angin kononnya kumpulan pengganas Kiram sekali lagi akan menceroboh Sandakan, Sabah dan beberapa kawasan lain di negeri itu bulan depan.

Menurut Zulkifeli, segala maklumat mengenai pergerakan pengganas adalah dalam radar pasukannya dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

"Jika berlaku sesuatu kerajaan akan memaklumkan kepada penduduk di kawasan itu. Jadi penduduk yakinlah segala bentuk ancaman kita akan ketahui dan tidak perlu berasa bimbang," katanya.

Baca akhbar atau dapatkan sumber yang boleh dipercayai. Jangan percaya khabar angin. Kalau blog dan portal puak PR tu, tak payah baca la, lagi banyak perkara mengarut dan fitnah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa