Kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lepas merupakan hasil
kerjasama yang erat antara parti komponen kecuali MCA dan Gerakan.
UMNO
sebagai tonggak Barisan Nasional amat dominan dari segi bilangan kerusi
yang menjadikan UMNO parti terkuat dalam Barisan Nasional.
Oleh itu
pihak pembangkang mula mengatur strategi untuk menghancurkan UMNO dari
dalam setelah mereka gagal berbuat demikian dari luar dengan bantuan Red
Bean Army.
Racun hasutan untuk memusnahkan UMNO dari dalam telah disuntik oleh
pembangkang melalui talibarut mereka yang dibayar di dalam UMNO sendiri.
Maka agenda ini disusun berserta perancangan yang amat rapi dengan cara
melaga-lagakan kepimpinan UMNO diperingkat atasan. Terlalu ramai talam
dua muka yang boleh dipergunakan oleh pembangkang untuk memusnahkan
UMNO.
Oleh itu bagi memastikan rancangan pembangkang untuk memusnahkan UMNO
ini gagal maka kita harus kuatkan barisan, bersatupadu dan mengelakkan
sebarang perpecahan yang mungkin tercetus terutama diperingkat
kepimpinan tertinggi UMNO.
Sesungguhnya jawatan Presiden dan Timbalan
Presiden tidak harus dipertandingkan demi menjaga keutuhan UMNO tonggak
Barisan Nasional.
Sekarang DAP sedang mendabik dada kononnya mereka memiliki jentera
terbaik, yang paling bersedia dari segi organisasi dan dapat memberikan
respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari.
Tambahan
pula hampir satu-perlima kerusi DUN merupakan milik DAP. Mereka juga
menganggap Pulau Pinang dan Selangor sebagai “negeri-negeri kubu kuat”
DAP.
DAP juga telah meraih 68 peratus undi popular yang merupakan satu
lonjakan berbanding 2008 di Pulau Pinang dalam PRU13.
Dalam keadaan sekarang di mana pembangkang terus cuba menguatkan
parti mereka untuk merampas Negara maka kita di dalam UMNO harus menjaga
kekuatan kita supaya tidak mudah dilemahkan untuk memudahkan musuh
merampas Negara.
Oleh itu ahli UMNO harus kembali kepada perjuangan
asal iaitu untuk AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR. Maka kita semua harus
bersatu hati demi menjaga keutuhan dan kesinambunngan UMNO.
No comments:
Post a Comment