Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 29, 2013

SINGAPURA BERI AMARAN PADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA

Singapura memberi amaran kepada ahli-ahli politik Malaysia supaya tidak mencampuri hal ehwal negara itu berhubung isu penahanan 21 rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi di republik berkenaan.

Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata, gesaan Ahli Parlimen Malaysia supaya pihak keselamatan negara itu membebaskan mereka yang ditahan dilihat sebagai campur tangan asing.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman web kementerian itu, dinyatakan bahawa Singapura sentiasa mengambil pendirian yang tegas berhubung isu yang berkaitan campur tangan asing dan politik yang cuba di bawa masuk ke negaranya.

Tegas kementerian itu Singapura sentiasa mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara lain dan mengharapkan mendapat layanan yang sama.

Sebelum ini 21 rakyat Malaysia ditahan ketika menyertai protes di Merlion Park Singapura pada 8 dan 11 Mei berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu walaupun diberi amaran oleh pihak polis untuk tidak berbuat demikian.

Khamis minggu lalu, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur supaya meringankan hukuman terhadap 21 rakyat Malaysia berkenaan.



3 comments:

raismazzadam said...

Sape suruh kau BODOH...kau ingat KAT SINGAPURA TU PEMIMPIN KUAT CAKAP KOSONG KE...LPS NI KLU BERANI BUAT KAT THAILAND TGK KAU BALIK KE TAK...SORY MALAYSIA JGN TERASA HATI..INILAH REALITI DI MALAYSIA...DAH KENA MAKI, PIJAK KEPALA PUN IT'S OK...NEVERMIND..SINGAPURA & THAILAND TOLONG AJAR KAT MALAYSIA APA TINDAKAN PADA PERUSUH...HIDUP 1 BUMIPUTRA...CINA ITS OVER...

Anonymous said...

padan muka baru dia kenal siapa singaporen. bukan macam malaysia banyak beri amaran tindakan tiada

Anonymous said...

pemimpin berjiwa kampung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa