Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, May 27, 2013

SHAMSUL ISKANDAR KELUAR PARTI DAN SERTAI UMNO???!!!



SEJAK JADI AHLI PARLIMEN NI...
SAM KETOT DAH MULA "TINGGI" SIKIT...
CAKAP PUN IKUT SUKA JER...
BAPAK ORANG DIA PUN HENTAM JER...

BAGUS LER TU...
MULA-MULA PAKAT BAIK...
LEPAS TU BAIK PUNYA GADUH...
KATA SUDAH PAKAT BAIK-BAIK...
TAPI KENAPA JADIK MACAM NI PULAK???

KALAU IKUT AKU...
DENGAN AMK NI MEMANG TAK BOLEH BUAT BAIK...
MACAM MANA NAK BUAT BAIK...
BAPA DIA PERANGAI PUN PELIK...
JADIK TAK PELIK LER ANAK PUN PERANGAI LAGI PELIK...
APAPUN...
KALAU BOLEH JANGAN GADUH PASAL PERANGAI PELIK2...
KALAU NAK GADUH JUGAK...
INI KEPALA BAPAK KAU...
INI PULAK KEPALA BAPAK KAU...
KALAU BERANI...
KAU PIJAK...
KIKIKIKI...

JPX


Pemuda PAS Gombak TUDUH Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin sebagai penyambung lidah `macai’ Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Pemuda PAS Gombak membalas kritikan yang dilemparkan oleh AMK terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menuduh sayap PKR itu menjadi penyambung lidah `macai’ Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, Pemuda PAS menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR (Azmin Ali) mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, kini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Shamsul didakwa membuat kenyataan itu ketika berucap di kongres nasional PKR di sini pada hari Sabtu lalu.

Menurut Syarhan, AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan wakil-wakil rakyat PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi.

“Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihan raya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada 2008.

“Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 Pakatan Rakyat dimalukan dengan insiden-insiden wakil rakyat PKR keluar parti seperti di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

Syarhan berkata, Inilah perkara yang ditegaskan oleh Abdul Hadi kepada semua rakan Pakatan Rakyat sepanjang perundingan kerusi pilihan raya umum.

Namun, katanya PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi.

Menurutnya, Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

“Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

“Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit.

“Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempoh hari,” tambah beliau.

Syarhan mendakwa, tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu Pakatan Rakyat dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yang juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat, katanya.

Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga mengingatkan, AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka.

Katanya, ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihan raya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihan raya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.

“Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar,” katanya lagi.

PAS , menurut Syarhan, berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Beliau juga menasihatkan AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman Pakatan Rakyat bukan di media.

Pemuda PAS sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri, kata beliau.

Menurutnya, Pemuda PAS boleh menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yang mungkin tidak bersetuju.

Jadi elok kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.

Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai Pemuda Pakatan Rakyat yang ada akhlak dan adabnya, kata Syarhan.


sumber : FREE MALAYSIA TODAY

3 comments:

Anonymous said...

hmmmm....pkr yg buat statement umno jugak yg kena....mcm biasa..

Anonymous said...

Biasa la kalau di peringkat Nasional PKR nak jadi Ketua di peringkat AMK pon bos dia nak jadi Raja gak..la

Anonymous said...

KOntraktor2 Melayu bersorak melompat2 keriangan bila dapat keputusan Rustam Ali kalah di Bukit Katil ? nape ekkk ??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa