AKU SANGAT SETUJU DENGAN CADANGAN TUN DAIM...
BERAPA RAMAI ORANG KANAN PM YANG BERTANDING TAPI KALAH???
SORANG JE YANG LEPAS ITU PUN...
BERAPA BANYAK DUIT YANG HABIS DI SELANGOR, KELANTAN TAPI RESULT KE LAUT!!
PECAT AJA PENASIHAT YANG TAK BOLEH PAKAI TU...
KALAU BETUL PENASIHAT PM YANG RAMAI-RAMAI TU SEMUA BOLEH PAKAI DAN BUAT KERJA...
DAH TENTU KITA DAH MENANG BESAR PRU13 YANG LALU..
PM DAH BOLEH MULA BELAJAR DENGAR CAKAP RAKYAT MACAM AKU BLOGGER JALANAN NI...
SEBAB APA AKU CAKAP MACAM TU???
PM BAYAR GAJI MAHAH KEPADA PENASIHAT-PENASIHAT DIA UNTUK BAGI NASIHAT DAN BANTU MEMANG PRU13 TAPI APA PUN TAK BOLEH...
JADI AKU BAGI NASIHAT FREE TAK MINTAK DUIT APA SALAH IKUT...
KALAU NAK BAGI GAJI AKU PUN SETUJU...KIKIKIKI
SATU LAGI PM DAH BOLEH ABIKAN AJA CINA NI...
SIKIT TAK TOLONG KITA...
BERAPA BANYAK JUGA DUIT DAH HABIS MELAYAN KEHENDAK KAUM KOMUNIS NI...
TAPI APA PULAK YANG DIA BALAS...
KITA NAK DITIPUNYA...
NEGARA KITA NAK DIAMBIKNYA...
INI MACAM MANA BOLEH JADI..
KENA TEGAS DAN TETAPKAN PENDIRIAN KALI INI...
INI KALI TAKDE LAGI SIMPATI DAN BUDI PEKERTI PADA KAUM INI!!!
PEROSAK DAN PUNCA KEKALAHAN ADALAH ORANG YANG BERADA DI SEKITAR PM AJA!!!
JPX
Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.
Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.
Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.
"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.
"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.
"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "
Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.
"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.
"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.
Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.
"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.
"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.
Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.
Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.
Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.
BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.
"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim.
Antara Pos
10 comments:
bukan salah penasihat tetapi salah pilih penasihat.
Najib wajar berundur dan beri peluang kpd Muhyuddin.
Jangan le sampai semua tergadai baru nak berundur.
masih belom terlambat untuk rombak semua ini kerana pm kita punya ssatu auraa yang kuat untuk dapatkan sokongan terutamanya dari orang melayu. pm perlu orang yang benar-benar ikhlas untuk bertugas di samping beliau. jika ada mereka yang ada muslihat dan tujuan lain mendampingi beliau, makhluk itu perlu segera dimusnahkan
Tepat sekali apa yg diperkatakan tun daim terhadap najib.Strategi kempen najib memang banyak yg menyakitkan hati.Apakah najib sebegitu tuli sehingga tidak mendengar suara akar umbi dek kerana terlalu sibuk mendengar nasihat punasihat2 bodohnya itu?
Apakejadahnya menabur wang berpuluh2 juta kepada sekolah2 perkauman cina,kilang yang melahirkan pelapis2 chauvinis cina?
Apakejadahnya terjerit2 1 Malaysia seraya mengangkat 1 jari ke atas sedang langkah najib menyubur dan membantu sekolah perkauman adalah langkah yg bertentangan dengan semangat 1 Malaysia itu sendiri?Tidakkah itu terlalu ketara menunjukkan hipokritnya najib?
Apakejadahnya menyuruh orang menayang banner i love pm di setiap himpunan seperti masuk bakul angkat sendiri?Apa najib ingat ini pilihanraya pemilihan presiden?Mungkin punasihat2 najib terpengaruh dengan kempen2 pilihanraya presiden amarika.
Walaupun majoriti Melayu begitu sakit hati dengan cara najib melayan Melayu berbanding dengan cina tapi Melayu masih sudi memberi najib peluang terakhir memerintah kerana lebih benci kepada pakatan yg diterajui seorang peliwat yg 10 kali munafiknya dari najib.
Sekira najib masih mengulangi kesilapan2 bodohnya dalam menangani kehendak sebenar rakyat, pru14 nanti tak payahlah berkempen teruk2 sebab kita dah tahu jawapannya.
Kalau najib rasa tak 'standard' untuk mendengar denyut nadi penyokongnya yg terdiri dari orang Melayu sekurang2nya najib dengarlah nasihat tun daim yg jauh lebih peka dan bijak darinya.
dunia belom kiamat dan masih ada waktu untuk buat penambahbaikan. sokongan melayu kepada pm semakin meningkat. buktinya umno tambah kerusi dalam pru13 lalu. cina tak nak ikut mereka boleh blah balik tanah besar cina dan jangn berangan nak dapat tanah ni.
Cina mana boleh balik tanah besar dah. Klu balik habis kena bunuh seluruh kerabat. Cina yg lari kuar dari China klu ikut sejarah dulu
Ikut sejarah dulu, yg lari kuar China ni mesti yg kena hukum bunuh lawan Maharaja. Hukum d sana satu org salah bunuh satu kg...
ds najib harus melantik mereka2 yang berpengalaman dalam politik malaysia sebagai penasihat bukanya mereka2 yang ada bergulung ijazah..bagi saya faktor utama bn gagal capai 2/3 kerana bn x dapat kesan strategi dap dalam mengerakan dasar menolak bn kepada seluruh org cina dan cara dap mengurangkan undi majoriti org melayu di sesetengan kawasan pengundian...pemberian wang berjuta-juta kepada org cina adalah taktik lapuk dan terbukti tidak berkesan
PD PENDPT AKU D.S NAJIB DH BUAT YG TERBAIKK..SBB DIA DRIVE KETE ROSAK/ROSAK DP ZAMAN P.LAH..so yg patot2nye,wajib,harus PUNAHSEHAT2 ni x perlu la dguna pakai lg.duit masa bnyk terbuang hasil mcm hampeh..gara2 PUNAH SEHAT2 ni..bertanding semua hancur.tok jib kene amik group pemikir yg fresh lg bedaya saing bkn mcm ug lps2 jenis2 muka rakyat meluat!tu yg btol!pd akula.org lain aku x tau.
Biasa la.... penasihat dua puluh persen
DSN dah buat yg terbaik. Agak susah juga nak align kan balik line up yg dah caca marba masa Pak Lah jadi PM dulu. Dalam masa 4 tahun apa yg boleh kita expect dengan internally nak rancakkan ekonomi dan dengan external affair nak kembalikan kepercayaan dari foreign investor. Sbb seperti yang kita maklum, pertukaran pucuk pimpinan ketika itu dari Tun M in his own class kepada Pak Lah yg tak begitu ada direction. Ketika DSN ambil alih, byk kerja nak kena buat. Masa tu dengan keadaan persatuan extreme bangsa2 lain yg nampak ada ruang untuk ambil kesempatan dan dengan pihak pembangkang yg menyerang dengan segala strategi yg diluar dugaan. Pada saya, kita harus lihat perkara ini secara rational bukan semata2 merangkum semua isu akibat dari kekurangan kerusi yg BN menang. PRU12 berbeza krn bukan faktor Pak Lah sebagai PM tetapi faktor semua menyokong kerana selepas Tun M rakyat sebenarnya risau dan merasakan perlu sokong kerajaan sedia ada demi kesinambungan prestasi negara. Sebenarnya DSN dah berjaya mengekang pihak pembangkang dari menang atas usaha peribadi beliau yg bertungkus lumus memenangi hati rakyat pada ketika itu. Hasilnya orang melayu yakin semula pada UMNO. Orang Cina tidak boleh kita jadikan ukuran kerana agenda mereka berbeza, bukan demi negara tetapi untuk "mencuri" Tanah Melayu. Bayangkan kalau ketika peralihan kuasa bukan DSN yg jadi PM... apa yg akan terjadi. Perancangan Allah untuk kita sebenarnya adalah yg terbaik. Dan dengan pertolongan Allah pihak musuh gagal sekali lagi. Banyak kan lah bersyukur dan mohon lah perlindungan dari Allah. Apa yg kita ada sekarang adalah yg terbaik. DSN sebagai PM dan TSM sebagai TPM. Andai kita wujudkan sifat dengki dan hasad takut nanti Allah ambil semula nikmat kerana sifat itu sangat tak disukai Allah Taala. Maaf zahir batin atas pandangan tak seberapa ini.
Post a Comment