Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, May 25, 2013

MENGAPA ORANG MUDA DALAM PKR TAK HENTI-HENTI HINA ULAMA' ISLAM??



AIDCNews – 24/05/13 – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan Antarapos telah menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen dan meletakkan calon-calon yang bertindih semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK ke-9, di Petaling Jaya hari ini.

“Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia,” tambah beliau.

Pada PRU13, Presiden Pas, Abdul Hadi menuduh calon-calon PKR dipilih secara ‘tangkap muat’ kerana ada di kalangan mereka yang terlibat dengan pengedaran pil kuda , menjual kerusi dan berkecenderungan komunis.

Justeru itu, kata Abdul Hadi, Pas tidak ada pilihan lain kecuali meletakkan calon sendiri di kerusi-kerusi tertentu, di mana berlaku pertembungan Pas-PKR di tujuh kerusi semasa penamaan calon Sabtu lalu.

“Pas bertindak bertanding di beberapa tempat (yang) berlakunya pertindihan ini kerana nak menyelamatkan Pakatan. Kita tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak, (hanya) memerintah sekejap.

“PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. Yang kita khuatir adalah calon tangkap muat yang boleh menyebabkan berbagai kemungkinan boleh berlaku, maka Pas perlu bertindak,” ujarnya.

Pertembungan Pas-PKR itu berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera (Terengganu), DUN Kota Damansara (Selangor), DUN Sungei Aceh (Pulau Pinang) dan DUN Panti (Johor) serta Parlimen Labuan.

Di DUN Damak, Pahang pula, Abdul Hadi secara terbuka menyokong calon Bebas, Koh Boon Heng yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang bertanding di kawasan itu.

Sokongan Pas itu tidak disenangi PKR kerana calon PKR, Jamaluddin Abd Rahim juga bertanding di DUN itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa