Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, April 06, 2013

PUNCA SAMY VELLU MARAH DIKETAHUI!!!



APA LER..
KECIK PUNYA HAL PUN NAK MARAH...
BINCANG KASIK SELESAI LER...
MARAH MARAH SAYANG...
GADUH ANAK BERANAK...
TAKDE MASALAH BESAR...
SEMUA BOLEH SELESAI...
YANG PALING PENTING...
UNDI BARISAN NASIONAL...


JPX

KUALA LUMPUR 6 April - Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu melahirkan rasa marah dengan Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berhubung isu 'calon boleh menang'.

Beliau percaya, mereka salah faham dengan kenyatannya pada Rabu, sehari selepas Parlimen dibubarkan apabila menyatakan bahawa beliau merupakan calon boleh menang untuk kawasan Parlimen Sungai Siput, sebagai jawapan kepada soalan pemberita.

Samy Vellu berkata, beliau tidak meminta Palanivel untuk beliau (Samy Vellu) dicalon bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Palanivel terdahulu, semalam bahawa Samy Vellu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

"Palanivel dan Dr. Subramaniam salah faham kenyataan saya semasa sidang akhbar majlis penyerahan sumbangan di Bukit Aman kepada keluarga para wira yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.

"Memang benar saya memberitahu pemberita bahawa saya yakin saya adalah calon boleh menang. Tetapi tidak bermaksud saya meminta kepada Palanivel yang saya mahu bertanding semula di Sungai Siput," tambahnya.

Samy Vellu berkata, beliau sedih dengan kenyataan mereka yang tidak menggambarkan maksud beliau sebenarnya.

"Mereka (Palanivel dan Dr Subramaniam) perlu menghubungi saya dahulu untuk mengetahui apa yang berlaku di sidang media (di Bukit Aman) sebelum membuka mulut," katanya dan menambah kedua-kedua mereka menunjuk ketidakmatangan dalam politik.

Samy Vellu merupakan Anggota Parlimen Sungai Siput lebih tiga dekad sejak 1974 sehinggalah beliau kalah kepada Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti 1,821 undi pada Pilihan Raya Umum 2008. - BERNAMA

3 comments:

malim kundo said...

Yang penting undi BN la Machaaaa!!

freemalaysiakini said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Anonymous said...

Itu. Bukit itu runtuh sayer mana tahu. Itu tuhan kasei ujan. . Ingat response kejadian tanah runtuh. Yg dan pencen tak payah keluarkan jwpn seolah minta diplilih jd calon! Jwb terus saya sudah pencen!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa