Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, April 24, 2013

PAS SEMAKIN CELARU HINGGA PECAT AHLI SENDIRI


ALOR SETAR: PAS memecat empat anggota parti itu yang menjadi calon Bebas, penyandang, penyokong dan wakil calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bagi menentang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum kali ini. 

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, pihaknya membuat laporan kepada PAS pusat pada Isnin lepas yang kemudian memutuskan untuk memecat Abdullah Hashim kerana menjadi calon Bebas, pencadangnya Ahmad Md Daut, penyokongnya Azizan Ahmad dan wakil calon Zaki Bakar. 
"Dah pecat...hari Isnin kita hantar surat, hari tu juga pecat. Empat orang semuanya. Surat pecat dah buat...ni free country mereka nak jadi Bebas takpelah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada PRU13 Azizan dicabar sepupu sendiri Fadzilah Mohd Ali yang mewakili BN dan dua calon bebas iaitu Sobri Ahmad dan Abdullah. 

Azizan berkata, walaupun dicabar sepupunya dan dua calon Bebas, beliau yakin mampu menang kerana pengundi di situ terdiri daripada kalangan saudara maranya. 

Pada PRU12 PAS menang 16 kerusi, PKR empat kerusi dan DAP satu kerusi manakala Barisan Nasional menang 14 kerusi. Satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas yang kemudian menyertai PKR. - BERNAMA 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa