Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, April 26, 2013

PARTI ISLAM SEMALAYSIA BENARKAN PEMIMPIN TERTINGGI MEREKA UNTUK BERZINA!!!




KUALA LUMPUR 25 April - Kedudukan Datuk Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung Pas tidak bermakna beliau mempunyai imuniti untuk tidak disiasat oleh Lajnah Tatatertib parti itu berhubung kewujudan video seks yang dikaitkan dengannya.

Pengarah Bahagian Sukarelawan Al Falah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Anuar Shaari berkata, Lajnah Tatatertib dan Pas sendiri wajar menjalankan siasatan tersebut.

Menurut beliau, tindakan pihak terbabit yang sering mengeluarkan kenyataan 'akan menjalankan siasatan' atau 'sedang menjalankan siasatan' seolah-olah menunjukkan parti tersebut tidak berminat untuk mengambil tindakan tegas.

"Jika perkara itu (video seks) benar pelakunya Mustafa Ali, Lajnah Tatatertib dan Pas perlu mengambil tindakan segera ke atas beliau.

"Sekiranya siasatan menunjukkannya palsu dan tidak benar, mereka perlu mengambil tindakan undang-undang kepada individu bertanggungjawab menyebarkan video tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Anuar, sebarang tindakan ke atas Mustafa atau individu yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut akan menunjukkan kredibiliti Pas sebagai sebuah parti Islam.

"Bila kena batang hidung sendiri mereka akan senyap. Cuba video tersebut adalah pemimpin lawan, pasti mereka akan mendesak itu dan ini," katanya.

Mengulas isu yang sama, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Pas perlu dilihat lebih telus dan tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan disiplin ke atas ahli-ahli mereka.

Katanya, tindakan disiplin kepada ahli yang didapati bersalah perlu dibuat secara sama rata, adil dan telus tanpa mengambil kira kepentingan atau kedudukan individu tersebut di dalam parti.

"Dari sudut parti, Pas sewajarnya mengambil tindakan menyiasat dan jika didapati bersalah, wajib mengambil tindakan tegas sejajar dengan perjuangan Islam yang dilaung-laungkan mereka.

"Bagi Mustafa pula, jika tidak melakukannya, beliau perlu membuat laporan polis berhubung perkara ini, biar polis siasat kesahihan dan tindakan selanjutnya akan diambil jika didapati video tersebut adalah palsu," katanya.--UTUSAN

1 comment:

Anonymous said...

utk lapor polis, beranikah beliau? stopa perlu minta nasihat dr anwar bagaimana nak handle kes ni sebab anwar pakar dlm hal2 mcm ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa