Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, April 04, 2013

BN UMUM NAMA CALON TIDAK LAMA LAGI






PUTRAJAYA, 3 April –  Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Rabu.

Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan senarai calon kepada ketua-ketua perhubungan negeri.

“Ketua-ketua perhubungan negeri akan menyerahkan watikah pelantikan kepada calon-calon. Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam seminggu hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon,” katanya selepas acara ‘Kayuhan Patriotik 1Malaysia@ Putrajaya’ di sini.

Tengku Adnan berkata, senarai calon BN kini dalam saringan terakhir termasuk pemeriksaan kesihatan, institusi kewangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

“Sekiranya mereka sudah mendapat laporan kesihatan mereka enam bulan lepas, mereka boleh hantar kepada kami, sekiranya belum, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Tengku Adnan berkata, BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini dan hanya menanti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Beliau berkata, Najib akan mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada 9 pagi esok dan selepas itu mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN pada 11 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

“Kita akan melancarkan manifesto BN pada Sabtu ini di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya. - UMNO ONLINE

1 comment:

Anonymous said...

sapa2 rasa calon tuh tak berapa nak 'sihat' harap2 undur sajalah...jgn beban lagi kpd pengundi yg akan dicalit jari&memangkah..bukan beban kpd grass rooot yg rasa calon meraka calon winabel kendidet..dah masuk 4/5 penggal winnabel kendidet laie ker?kpd ketua2 bahagian yg rasa diri meraka masih layak,harap2lah menawarkan utk undur diri,tau2 sajalah kws kita tuh kelabu hitam,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa