Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, April 21, 2013

AL-FATIHAH:BEKAS ORANG KENAMAAN NEGERI MELAKA MENINGGAL DUNIA



KUALA LUMPUR 21 April - Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan meninggal dunia di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, di sini malam semalam.

Allahyarham, 95, yang juga Orang Besar Empat Perak itu, meninggal dunia kerana masalah buah pinggang dan sakit tua, menurut anaknya, Syed Hassan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira 12 tengah hari tadi.

Allahyarham meninggalkan balu, Toh Puan Halimah Md Noh, 88, dan 10 orang anak serta lebih 30 cucu dan cicit.

Syed Hassan ketika dihubungi berkata, Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya sejak 10 hari lalu.

Ketika hayatnya, Allahyarham menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka (1975 hingga 1984), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom ((1974), Duta Besar Malaysia ke Republik Ireland (1975), dan Pro-Canselor Universiti Malaya ke-3 (1987). - BERNAMA


Sent from my iPhone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa