LAHAD DATU: Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada jam 1.50 tengah hari ini.
Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng dengan wajah menahan kesakitan, menurut pemberita di hospital itu.
- BERNAMA
Sent from my iPhone
Pasangan Merajuk Atas Motor [VIDEO]
-
Satu video memaparkan pasangan kekasih/suami isteri yang merajuk di atas
motor. Si lelaki cuba memujuk si wanita. Anda boleh lihat videonya di bawah
ini.
1 week ago
No comments:
Post a Comment