Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." - [Aali - Imran : 169]
Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam menemui pemimpin UMNO negeri dan ketua parti komponen Barisan Nasional (BN), dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Difahamkan, pertemuan juga bagi mengemas kini dan membuat persiapan terakhir jentera BN menghadapi PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Berdasarkan amalan sebelum ini, Parlimen akan dibubarkan beberapa hari selepas pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin BN negeri dan parti komponen.
Muhyiddin turut hadir Perjumpaan yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir jam 8 malam tadi.
Ia didahului Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang berada di pejabat Perdana Menteri lebih sejam diikuti Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Turut dilihat memasuki pejabat Perdana Menteri ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (Perlis), Datuk Seri Mohamad Hasan
(Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang). Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman Sabah dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Melaka).
Pemimpin lain termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Kedah) dan Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir.
Turut sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Pemimpin parti komponen yang hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas dan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok. Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak kelihatan.
Tiada penjelasan kepada wartawan
Namun, berikutan hujan lebat, tiada pemimpin berhenti untuk bercakap kepada kira-kira 15 wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan pejabat Perdana Menteri sejak jam 11 pagi.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mandat kerajaan sekarang tamat pada 30 April dan Parlimen bubar secara automatik jika Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan nasihat Perdana Menteri, tidak membubarkannya sebelum tarikh itu bagi membuka laluan mengadakan PRU-13.
Selepas itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi tempoh 60 hari, iaitu sebelum 27 Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru. Garis panduan yang sama diguna pakai untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak yang sudah mengadakan pilihan raya DUN pada 16 April 2011.
JPX: Agak-agak nama kau dan nama aku ada tak? Kikikiki
Sama hebat: Lisa dan Namron
-
JIKA diukur perjalanan seni dua nama besar ini, masing-masing mempunyai
pengalaman dan rentetan yang tersendiri. Perjalanan seni aktres cantik,
Lisa Suriha...
Tentera AS Lepaskan Tembakan, Dua Maut
-
[image: alt]
KABUL 24 Mei - Sekumpulan tentera di bawah pentadbiran Amerika Syarikat
(AS) dipercayai melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar kol...
Idris Jusoh Akan Saman Rafizi Ramli
-
BESUT – Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh akan menyaman PKR
termasuk pengarah strategi parti itu Mohd Rafizi Ramli yang menyebarkan
kenyataan b...
Hidup Faezah Elai Kelam Kabut Setelah Bergelar Ibu
-
[image: Faezah Elai]
Semenjak bergelar ibu, pelakon Faezah Elai mengakui kehidupannya kini
sedikit kelam-kabut berikutan dia masih lagi dalam proses u...
PRU13: Surat Khairy kepada majalah The Economist
-
[image: kj-eco]TUAN - Pilihan raya umum Malaysia telah berlangsung aman
dengan catatan keluar mengundi terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah
negara ini.
Tsunami Cina: Terimalah tempelakan orang Melayu
-
Antara strategi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menutup kegagalan
memimpin pakatan pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum
ke-13 la...
Masa Untuk Bangunkan Kelantan
-
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) sama sekali tidak mengejutkan.
Sememangnya dalam jangkaan, Barisan Nasional (BN) masih tidak dapat
menumbangkan ...
Zul Noordin terima ‘Manipum Marapum’
-
ZULKIFLI Noordin cukup hairan kerana video yang memaparkan dirinya menghina
penganut Hindu ‘diputarkan’ seolah-olah baru diungkapkannya dua tiga bulan
lalu...
Pharmacy Hawaiian Woodrose
-
buy zyprexa in Illinois, zyprexa with doctor consult order zanex cod online
next day delivery! buy zanex cash on delivery with doctor consult Buy
differin ...
ATM SANGKAL DAKWAAN PAS.
-
Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan
manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.
Panglima Angka...
1 comment:
Tak de apa yang rahsia sekarang ni..
Post a Comment