Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, March 25, 2013

HARI POLIS KE 206 ADALAH SAMBUTAN YANG PALING BEST DALAM DUNIA


komando 69

Sangat merugikan pada saya untuk tidak berada di ibu negara pagi ini bagi menyambut majlis sambutan Hari Polis dan menyaksikan perbarisan para anggota keselamatan negara yang segak berpakaian seragam lengkap.

Boleh dikatakan selama 4 tahun berturut-turut saya mengikuti majlis sambutan sama ada Hari Polis atau Hari Tentera Darat di ibu negara sebelum ini, namun sambutan kali ini benar-benar mengecewakan apabila saya tidak dapat berada di sana untuk membuat liputan seperti biasa.

Hari polis kali ini lebih istimewa. Dalam suasana patriotik, semangat kebangsaan dan rasa sayangkan tanahair yang menebal menghadapi musuh-musuh pengganas di Lahad Datu, Hari Polis pada tahun ini menyaksikan penampilan khas wira-wira Komando 69 dari medan tempur di Sabah!

Maklumat yang tiba ditelinga saya semalam memberitahu bahawa puluhan anggota Komando 69 yang berada di barisan hadapan dalam pertempuran pada 1 Mac dan insiden serangan hendap di Semporna yang mengorbankan 8 orang wira negara diterbangkan khas ke majlis berkenaan.

Saya hanya dapat bayangkan anggota-anggota Komando 69 yang bersabung nyawa di Lahad Datu itu berpakaian operasi Ops Daulat lengkap berbaris di hari perbarisan pagi ini.

Terus terang saya katakan, sekiranya berkesempatan bertemu mereka, ingin saya dakap mereka erat-erat sambil mengucapkan rasa terima kasih atas jasa dan pengorbanan mereka. Rasa kagum dengan keberanian dan sikap tanggungjawab yang mereka tunjukkan tidak terbalas rasanya.

Mungkin ada yang risau dengan tindakan menampilkan anggota-anggota yang sedang bertugas di perbatasan itu di majlis sambutan Hari Polis pagi ini di Kuala Lumpur dan tertanya-tanya tentang soal medan tempur yang ditinggalkan.

Maklumat yang sampai memberitahu bahawa ratusan Komando 69 masih berada di Lahad Datu untuk meneruskan perjuangan dan jumlah wira-wira negara itu lebih dari cukup untuk memastikan kepala-kepala pengganas itu berkecai.

Lagipun, difahamkan bahawa mereka akan diterbangkan semula ke Lahad Datu selepas selesai sambutan tersebut.

Jadi, apa salahnya jika sebahagian dari mereka dibawa pulang untuk diraikan seketika bersama rakyat jelata? “Give them a break”, kata orang putih. Mereka juga manusia biasa yang perlu rehat dan diisi kekuatan mental sebelum kembali berjuang, bukan?

Namun apa yang menyedihkan saya, wira-wira negara inilah yang sering dikutuk, diburuk-burukkan imej dan diperlekehkan kewibawaan mereka di mata rakyat. Wira-wira inilah yang dipukul dan dibelasah segelintir rakyat yang dihasut Pakatan Haram sebelum ini.

Saya tertanya-tanya, kenapa segelintir manusia bodoh yang terpengaruh dengan hasutan jahat pemimpin Pakatan Haram sebelum ini tidak ke Sabah dan berhadapan dengan pengganas-pengganas yang rapat dengan Nur Misuari itu? Anwar Ibrahim tidak izinkan?

Biar apa pun tanggapan buruk yang cuba ditanam Pakatan Haram terhadap pasukan PDRM, saya yakin rakyat yang waras dan rasional tidak akan terpengaruh. Rakyat yang bijak tidak akan percaya dan mudah diperdaya oleh bajingan-bajingan yang bersekongkol dengan musuh negara!

Syabas dan tahniah saya ucapkan pada seluruh anggota PDRM di seluruh negara sempena sambutan Hari Polis yang disambut meriah dan penuh semangat pada pagi ini.

Maaf saya tidak mampu sambut bersama seperti selalu sebelum ini. Namun saya tidak lupa untuk doakan keselamatan kalian di sana setiap kali bersolat. Biarlah pengkhianat mengecam kalian. Namun kalian perlu tahu bahawa jutaan majoriti rakyat hargai dan sayangkan PDRM.

Selamat menyambut Hari Polis. Budi dan jasa kalian tidak terbalas rasanya. Senada dengan slogan sambutan, “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami”, kami “Komuniti” rakyat rasa “Sejahtera” dan sangat menghargai “Komitmen” yang ditunjukkan oleh pasukan PDRM. Terima kasih selamanya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa