Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 12, 2013

GEMPAR:LAGI KAWAN BAIK ANWAR IBRAHIM BELOT!!!



Anwar didalam setiap ceramahnya banyak memperkatakan serta menyebut nama Yusuf Al-Qaradawi. Kononnya itulah rakan sekutu serta rujukannya didalam Perjuangan membela rakyat...

MKP nak habaq pi mampus kat Anwar lepas nie kerana apa yang ditemberang Anwar selama ini telah kantoi dan membuktikan Anwar menipu untuk meraih sokongan rakyat.. 

Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak.

Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

Surat penghargaan Al-Qaradawi ini merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Ia langsung tak terjangka oleh sesiapa memandangkan selama ini gerombolan pembangkang sering menggambarkan ulama tersohor itu agak dingin dengan kepimpinan negara.

Adalah satu kebiasaan Anwar memanipulasi nama Al-Qaradawi dalam usaha mencipta persepsi umum supaya dirinya dilihat berada di pihak yang benar dan mendapat sokongan ulama terkemuka itu dalam usahanya menjatuhkan kepimpinan Najib dan Kerajaan Malaysia.

Lantaran itu tidaklah menghairankan apabila ramai di kalangan pemimpin pembangkang sering mendabik dada konon perjuangan mereka menentang Barisan Nasional (BN) sentiasa mendapat sokongan dan restu dari tokoh ulama terkemuka dunia Islam itu.

Malah gerombolan pembangkang sering mempropagandakan kononnya Al-Qaradawi mempunyai hubungan yang agak akrab dengan ketua Umum PKR dan amat bersimpati dengan nasib Anwar yang dikatakan telah dianiaya oleh Najib dalam isu liwat.

Tanpa disedari umum, khilaf pandangan Al-Qaradawi dalam isu liwat Anwar itu sebenarnya tercetus dari kejayaan manipulasi hubungan rapat beberapa pemimpin PAS dan PKR dengan seorang anak Al-Qaradawi. Dari situlah munculnya desas desus hubungan dinginnya dengan Kerajaan Malaysia.

Lagi pun jika benar Al-Qaradawi berpegang teguh pada pandangan bahawa pertuduhan liwat terhadap Anwar adalah konspirasi Kerajaan Malaysia, tentunya tidak sesekali ulama terkemuka itu sanggup mendoakan kebaikan untuk sebuah pemerintahan yang dikatakan zalim, bukan begitu?.

Berkemungkinan besar perubahan pandangan ulama tersohor ini bertitik tolak dari perilaku Anwar sendiri yang pernah mengikrarkan kesediaannya untuk menjaga keselamatan negara Israel, satu ikrar yang bersifat pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Selain itu, kesediaan Ketua Umum PKR itu mengambil mudah mengiktiraf aktiviti LGBT dan turut memberi sokongan terhadap kegiatan liberalisme dan pluralisme juga diketahui amat tidak disenangi Al-Qaradawi dan ramai ulama lain di dunia Arab.

Ternyata kebenaran sememangnya pahit bagi penyokong pembangkang. Realiti sebenar langsung tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar, sebaliknya amat tinggi pengharapan Al-Qaradawi untuk melihat Malaysia di bawah kepimpinan Najib terus memacu kebangkitan dan ketamadunan umat Islam.

Kegelojohan Anwar mahu mendaki puncak pemerintahan telah menjerat dirinya sendiri, langkah mendekati golongan LGBT , liberalisme dan pluralisme tidak menjadikannya berada di pihak yang benar sebaliknya mendedahkan lagi dirinya di pihak yang songsang dan bersalah.

Doa yang dilafazkan oleh Al-Qaradawi itu cukup simbolik dan bagaikan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib dan Kerajaan Malaysia. Paling penting ia menunjukkan keyakinan ulama tersohor itu yang Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib sudah berada di landasan yang betul dan benar.

1 comment:

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa