Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, January 07, 2013

TERKINI:PENDEDAHAN PANAS ORANG PKR TENTANG KISAH DOT...DOT...DOT...



Marah benar Chegu Bard semalam bila TV3 melaporkan tentang “kesilapan teknikal” pada sistem undi Jawatankuasa Eksekutif DAP Kebangsaan (CEC) di mana tiada seorang pun yang terpilih itu bebangsa Melayu tulen.

Meroyan di laman Twitter, Chegu Bard meluahkan ketidakpuasan hatinya mempertikaikan laporan tersebut yang mengatakan tiada seorang Melayu pun yang menang melainkan secara “ehsan” yang dilantik sahaja.

Chegu Bard berhujah, tiada siapa pun yang sedar bahawa tiada seorang pun ahli yang berbangsa Melayu di dalam MCA atau MIC!

“Tv3 heboh tak ada melayu menang j/kuasa pusat DAP, hanya bg lantikan kemudian tp dlm mca atau mic ahli melayu pun xada depa tak sedar  ” – Chegu Bard PKR, 6hb Jan 2013 – Twitter

Melihat kepada kenyataan bodoh Chegu Bard itu, saya tidak hairanlah mengapa dia telah dikalahkan oleh “Sam Ketot” di dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang lalu. Terlalu bodoh rupanya Chegu Bard ini!

Saya nak tanya Chegu Bard, dia tahu tak MCA dan MIC itu singkatan kepada apa?

Untuk pengetahuan Chegu Bard, MCA itu merupakan singkatan kepada “Malaysian Chinese Association” atau dalam bahasa Melayunya ialah Persatuan Orang-Orang Cina Malaysia. Faham?

Manakala MIC pula adalah singkatan kepada “Malaysian Indian Congress”  atau dalam bahasa Melayunya ialah Kongress India Malaysia. Faham atau tidak?

Ada tak sebut di dalam MCA atau MIC itu nama bangsa Melayu? Ada tak? Atau kini kita hanya nampak kebebalan Chegu Bard yang mempersoalkan kewujudan ahli berbangsa Melayu di dalam MCA atau MIC..!!!

Kalau benar pun ada sesiapa dari bangsa Melayu yang teringin sangat nak masuk MCA atau MIC, saya yakin permohonan keahliannya akan ditolak bulat-bulat oleh parti-parti komponen BN tersebut, bukan?

Sebenarnya UMNO mewakili bangsa Melayu dan bumiputera menerusi perkongsian kuasa di antara MCA yang mewakili kaum Cina dan MIC yang mewakili kaum India di dalam menentukan dasar-dasar kerajaan BN.

Hakikatnya, BN wujud di atas perasaan saling hormat-menghormati di antara kaum di negara ini di mana UMNO sebagai parti tunjang mempertahankan keistimewaan bangsa Melayu dan bumiputera tanpa mengabaikan kepentingan mana-mana kaum di Malaysia.

Lagi satu, saya hairan benar dengan Chegu Bard. Pernahkah dia lihat lambang UMNO, MCA, MIC atau lain-lain parti komponen BN di atas kertas undi?

Bukankah semua parti di dalam BN menggunakan lambang “dacing” yang berlatar belakangkan warna biru segar? Itulah sebenarnya kekuatan keharmonian kaum dan perkongsian kuasa di antara bangsa, kaum, budaya dan agama di negara ini.

Lainlah parti Chegu Bard. Partinya memang parti “saya nak jadi PM”. DAP pula parti “chauvinis ultra kiasu” yang tak mengaku dirinya begitu. Manakala PAS pula adalah sebuah parti “agama wal halaaaluku, wal haraaamumu”!

Saya menyarankan agar Chegu Bard pergi sekolah semula memandangkan banyak lagi yang dia perlu pelajari, khususnya Bahasa Inggeris, makna “Cina” dan “India”, serta susur galur sejarah parti-parti di negara ini.

Jika sudah khatam dan pandai, barulah dia boleh kembali semula bertanding lawan “Sam Ketot”. Manalah tahu Chegu Bard boleh menang kali ini, kan?

12 comments:

Anonymous said...

Macam ni punya bodoooo pun ada hati nak jadi pemimpin!

Anonymous said...

Satu tulisan yang sangat bernas lagi tepat!!!

Anonymous said...

Dia tu Cikgu Sekolah Rendah ke?

Anonymous said...

hahahahahahaha....hahahahaha...hadoii sakit perut aku ketawa...punya lah bebal si Badrollll a.k.a batlol.....hahahaha...hahahaha

Anonymous said...

pesal la banggang sangat ko ni bard ?
ko blajar dulu kat mana la agaknya kan ....
kalo kat kampung orang mesti tanya ..." anak saper tu ... " kesian mak pak ko bard ...

Anonymous said...

ha...ha...ha lawak mr bean la tu!!!

Anonymous said...

benarke dia tulis macam tu??? kalau benar, memang legendlah...

Anonymous said...

Awat bodoh sangat Chegu Bard ni..?

Anonymous said...

Org bodoh kalo nk tnjuk bodoh, nilah orgnya, cikgi bat.

Anonymous said...

Kesian, kesian

Anonymous said...

ujud lagi rupanya orang macam ni?@#$&_ _ _ _

Anonymous said...

buat apa la dok panggil dia chegu.....tak kan chegu berotak macam tu...buat malu golongan chegu je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa