Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, January 21, 2013

TERKINI:PARTI ISLAM SEMALAYSIA KINI DIKETUAI OLEH ORANG KAFIR!!!???





KARPAL Singh dah berbunyi, meminta Majlis Syura Ulama PAS supaya mengkaji semula keputusan menolak penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, terutama pihak Kristian.

Sudah tentu macai PAS kecewa dengan berbunyinya Karpal Singh.  Alasan kepada kekecewaan tersebut tidak susah untuk diteka.  Macai PAS tahu, berdasarkan sejarah, bila sahaja Karpal berbunyi, akan adalah flip flop satu lagi.  Dengan yang isu kalimah Allah ini sahaja sudah 3 kali flip flop, silap-silap lepas ini, ada satu lagi flip flop.

Pemimpin boleh buat muka tayar, pasal memang dah dilatih macam itu.  Yang perit ini balaci di bawah, nak-nak jenis cakap politik tahap suam-suam kuku.  Macam mana nak defend parti macam ini?  Kejap tak boleh, lepas itu boleh, kemudian tak boleh semula dan sekarang, silap-silap boleh lagi.

Contohnya, balaci nama ‘B’, hari ini bila pemimpin sokong, dia pun sama sokong.  Besok bila pemimpin tak sokong, dia pun ikut tak sokong.  Lusa bila pemimpin tukar semula kepada sokong, si ‘B’ ini pun ikut juga sama sokong.

Hati ke hati tanya, apa status ‘B’?  Nampak bodoh, memang dah bodoh atau terlebih bodoh?

Mana-mana jawapan pun tidak penting pasal ‘B’ memang sah-sah bodoh, cuma yang membezakan ialah tahap kebodohan sahaja.

Itu baru macai, sementara Majlis Syura Ulama ini dipandang begitu tinggi oleh ahli-ahli bawahan, tindakan menukar keputusan agar selari dengan permintaan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat, membuktikan kepada dunia bahawa PAS ini lemah.  Tidak payak UMNO susah-susah, PAS sendiri sudah membuktikan kelemahannya.

Sudahlah hakikat, Karpal Singh adalah seorang OKU!!  Hebat apa najis PAS ini?  Bung sana, bung sini tapi dengan OKU pun takut?

Alangkah undang-undang negeri Kelantan mengenai pengasingan gender yang digubal 21 tahun dulu pun PAS boleh tukar dalam masa tak beberapa hari setelah DAP bising, apalah sangat soal kalimah Allah ini.

Lagipun ada pulak sewel-sewel dalam negara ini yang bawa bukti di negara Arab, kitab Injilnya guna kalimah Allah bagi menggantikan nama Tuhan.  Eh, sejak bila Arab sama dengan sini?  Kalau kiblat Arab sangat, apsal Arab pakai “Shemagh”, kita tak pakai?

Realitinya keadaan di Arab tak sama dengan sini.  Orang mudah keliru kalau nama Allah tiba-tiba digunakan untuk menggantikan nama tuhan dalam Injil.  Kalau kesnya macam di Sabah dan Sarawak itu lain, depa dah panggil tuhan dengan nama Allah sejak beratus tahun dulu.

Di Semenanjung ini baru nak diperkenalkan sahaja.  Tujuannya pun buruk, nak sebar agama Kristian di kalangan orang Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa