LIM Kit Siang bukan sahaja pemimpin DAP dan pembangkang, tapi cina tua asal Johor ini adalah juga seorang hakim, pendakwa, peguam, polis dalam masa yang sama. Kalau ada lebih ramai orang macam Lim Kit Siang nescaya jimat kos mahkamah kita sebab dia boleh jalan semuanya, dengan sekaligus.
Bukti?
Baru-baru ini, dalam masa polis pun masih menyiasat kematian kanak-kanak berusia 6 tahun bernama William Yau Zhen Zhong, Kit Siang tampil dengan mesej Twitter, menuduh UMNO terlibat sehingga menyebabkan negara ini tak selamat dan seterusnya kanak-kanak tersebut mati.
Masuk akal atau tidak itu belakang kira, yang penting Pakatan dimana Kit Siang salah seorang penerajunya memang gemar mempolitikkan hal-hal kematian macam ini.
Terkini, penulis mendengar di Buletin Utama sebentar tadi, polis akan memanggil semua pihak yang ada kaitan mengenai dengan kes tersebut bagi membantu siasatan. Justeru, penulis meminta pihak polis memanggil Kit Siang, macam mana dan bagaimana dia dapat maklumat mengaitkan UMNO/BN dalam soal kematian ini?
Ramai juga nak tahu.
Penulis yakin Kit Siang tidak akan terkencing dalam seluar apabila dipanggil polis, silap-silap, dia akan tuduh polis perbesarkan benda yang kecil – ya, kalau melibatkan dia, semua benda pun kecil, mana ada besar. Orang lain mengatakan dia itu sahaja kes besar, walaupun hanya bercakap tentang warna seluar dalamnya.
Polis perlu lakukan semua ini dengan segera. Penulis tidak berharap UMNO akan mengambil tindakan ke atas Kit Siang kerana kita ada lebih banyak urusan nak dibuat. Lagipun, ini kerja polis, dan polislah yang sepatutnya memulakan tindakan.
Kalau polis tidak bertindak ke atas Kit Siang, penulis bimbang nanti ada lebih banyak tuduhan tidak masuk akal dibuat puak-puak ini. Kuda mati UMNO salah, pokok tumbang UMNO salah dan sebagainya, sinikal lah tapi memang itulah yang terjadi pun sekarang ini.
Sekarang ramai perasan, tempoh 5 tahun kebelakang ini (sejak 2007), mencatat paling banyak kes-kes politik orang mati, dibanding berpuluh tahun sebelum itu. Dalam semua kes pun pembangkang terlibat, tidak adakah yang nak bertanya kenapa?
Jadi penulis meminta tindakan tegas dari pihak berkuasa negara kita dalam membendung kebodohan semua ini dari merebak. Kalau semua orang nak jadi hakim, parah.
1 comment:
cina nie memang sial....bila mampos aman malaysia
Post a Comment