Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, January 09, 2013

PAS SETUJU JUAL "ALLAH" KEPADA KAFIR!!!???




Doa dan penantian penuh debaran sebahagian ahli dan penyokong PAS yang mengharapkan kali ini PAS akan bertegas mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t daripada dinodai dakyah agama lain akhirnya sia-sia sahaja. Bak kata pepatah macam curah air ke daun keladi jadinya.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mewakili parti berlabel Islam itu gagal menahan asakan DAP yang berterusan menuntut untuk menggunakan kalimah Allah oleh orang Kristian termasuklah untuk digunapakai dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Itulah yang terjadi dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR yang dihadiri Hadi serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semalam. Mesyuarat khas ini diadakan rentetan dari polemik kalimah Allah s.w.t yang ditimbulkan semula oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya semasa sambutan Krismas baru-baru ini.

Berikutan gesaan oleh Guan Eng itu menyebabkan majoriti umat Islam bangkit membantahnya, manakala beberapa kerat pemimpin dan penyokong PAS yang berfahaman liberal dari spesis Anwarinas pula seperti biasa masih mahu membenarkan kalimah suci itu dinodai oleh dakyah Kristian.

Kira-kira seminggu lepas, dua tiga orang pemimpin PAS seperti Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan man, Setiausaha Agung PAS serta Pesuruhjaya PAS Selangor bersungguh benar nak jadi hero siap sarankan penganut Kristian hanya guna kata ganti nama Tuhan dan bukannya kalimah Allah s.w.t.

Selepas itu Ketua Dewan Ulama PAS, Haron Taib tampil menegaskan kalimah Allah s.w.t hanya milik orang Islam sahaja. Dengar saja kenyataan-kenyataan sedemikian mulalah sesetengah penyokong PAS membayangkan telur pemimpin mereka sudah bebas dari genggaman DAP dan parti liberal PKR.

Rupa-rupanya, itu semua sandiwara sahaja sekadar untuk berlagak hero depan mata penyokong PAS dan umat Islam yang lain. Alih-alih bila masuk mesyuarat dengan Lim Kit Siang dan Anwar, Presiden PAS terpaksa ikut sahaja tuntutan DAP.

Sia-sia PAS ada sayap Dewan Ulama tapi pendapatnya tak berguna satu sen pun, kepentingan politik kepartian juga yang lebih diutamakan oleh PAS. Eloklah tu, sesuai dengan jiwa baru PAS sebagai parti liberal setaraf dengan PKR.

Kalimah suci Allah s.w.t yang merupakan salah satu daripada 99 nama Allah dalam Al Asmaa Al Husnaa ini pun PAS tak mampu pertahankan, agak-agak para pembaca sekalian mampukah PAS untuk mempertahankan agama Islam dan umatnya seandainya PR memerintah negara ini?

Kepada mana-mana penyokong atau ahli PAS yang amasih waras akal fikirannya dan masih ada nur kebenaran Islam di nuraninya, usahlah duk harapkan PAS untuk jaga agama Islam yang suci ini. PAS itu cuma parti politik yang memperalatkan agama untuk kepentingan kepartian.

Siang dan malam, pagi dan petang, PAS akan tetap jadi balaci, memanjang jilat kaki DAP. Usia PAS dah masuk 62 tahun patutnya lebih bijak memanfaatkan kuasa politik demi manfaat Islam dan umatnya, malangnya balik-balik asyik tunduk pada DAP dan PKR yang usianya masih muda. Jahil murakkab betul

3 comments:

Anonymous said...

Pemimpin-Pemimpin PKR dan PAS di atas sana tu bukan peduli sangat kepada balaci-balaci mereka mahu.
'apa yang penting....' seperti kata kartun di TV9 tu ialah 'kuasa......!' untuk kamiiiii......

Anonymous said...

PAs setuju ke kalau nama Allah diberikan kepada berhala lembu dan anjing? Baca ni bro..

http://www.satuhala.blogspot.com/2013/01/bila-lembu-dan-anjing-diberikan-nama.html

Anonymous said...

Ρost ωrіtіng is also а еxсitement, if уou κnow after that you cаn write otherwіse іt iѕ compleх to write.


Hегe is mу websіtе Same Day Payday Loans

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa