KAJANG 22 Jan - Setiausaha DAP, Lim Guan Eng didesak supaya menjelaskan secara terbuka status Dana Mangsa Perang di Sri Lanka yang berjumlah lebih RM73,000 yang dikutip pada tahun 2009 oleh parti itu.
Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata sehingga kini Guan Eng masih lagi gagal menjelaskan dana Mangsa Perang Sri Lanka yang dikutip ketika parti itu mengadakan kutipan derma kepada orang ramai.
"Saya percaya dia harus mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan kepada orang ramai terutama kaum Hindu di mana sebenarnya dana ini pergi ke selepas 2009 sehingga kini.
"Banyak soalan telah diajukan kepada Guan Eng tetapi tetapi dia masih lagi gagal memberikan kenyataan," katanya ketika ditemui oleh pemberita hari ini.
Menurutnya, dana yang terkumpul itu merupakan sumbangkan daripada masyrakat Malaysia terutama yang beragama hindu.
"Dana yang dikumpul oleh DAP untuk Mangsa Perang Sri Lanka kebanyakannya daripada golongan pertengahan, terutama orang awam yang beragama hindu.
"Sebagai Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dia 'berhutang' penjelasan kepada awam mengenai perkara Dana Mangsa Perang Sri Lanka dan dia tidak perlu pergi bersembunyi disebalik timbalannya," katanya.
Katanya, Guan Eng harus menjelaskan isu ini dengan segera sekiranya beliau mahu mendapat kenyakinan orang awam dalam kepimpinan DAP.
"Beliau harus cepat menjelaskan isu ini dengan segera untuk memulihkan keyakinan awam dalam DAP. Jika tidak berhenti bermimpi untuk ke Putrajaya dan lebih sesuai jadi pembangkang," kataya.--KLPos
2 comments:
Itu Bukit China Melaka lui pon bei tiok ka?
Nampaknya sejarah berulang: dulu dana untuk nelayan di Melaka pun begitu juga. Bertahun-tahun lamanya disimpan oleh DAP tanpa meneyrahkan kepada pihak yang wajib menerimanya.
Post a Comment