Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, December 21, 2012

TERKINI:BERITA YANG BIKIN LEBAI-LEBAI PAS TERANGSANG KINI TERSEBAR!!!



KORANG RASA...
BERAPA RAMAI LEBAI PAS SUKA DENGAR BERITA NI???
BERAPA RAMAI PULAK LEBAI PAS SENYUM SENDIRI???
KALAU PASAL DUIT TAKDE HALAL HARAMI...
AKU YAKIN RAMAI ORANG PAS SIMPAN DUIT DALAM ASB 
SEMUA SEBUK TUNGGU HUJUNG TAHUN NAK DAPAT DIVIDEN...
DALAM NAK TUNGGU DIVIDEN KELUAR...
KUTUK KERAJAAN TAK HENTI-HENTI...
DIVIDEN ASB KELUAR...
SEMUA SENYUM NAMPAK GIGI... 
SENGET KOPIAH TERCABUT SERBAN KALAU PASAL DUIT NI...
INI PUN KERAJAAN BN KEJAM LAGI KE???

JPX 


KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lalu. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta. "Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010," katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini. 

Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. "Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus," katanya. Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB. Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa