Detik dan saat untuk aku berangkat ke Gaza semakin hampir. Aku baru jer selesai pack segala kelengkapan untuk dibawa ke sana.
Aku bawa dua bag. Satu bag untuk pakaian dan makanan dan satu bag khas untuk kamera, laptop dan bermacam wayar untuk kedua-dua gadget ini.
Aku juga ada buat sikit kajian sebelum berangkat ke sana.
Sekarang adalah musim sejuk. Suhu disiang hari adalah sekitar 15`C dan disulam pulak dengan hujan. Jadi untuk orang Khatulistiwa macam aku ni, memang suhu dingin adalah satu cabaran besar yang perlu dihadapi dalam misi ini.
Baju sejuk, sarung tangan, stoking panjang dan mafla Harimau Malaya siap semua aku bawa untuk menghadapi cuaca di sana. Insyaallah cuaca ini tidak akan dijadikan halangan besar untuk misi kali ini dilaksanakan dengan jayanya.
Aku juga google arah perjalanan yang bakal dilalui misi.
Kami dijadualkan berlepas dari KLIA jam 10 malam ini dan mendarat di Cairo International Airport pada jam 5.40 pagi waktu tempatan. Penerbangan ini akan singgah transit di Bangkok sebelum terbang terus ke Mesir.
Mesir pula, kami dijangka akan menempuh perjalanan lebih kurang 360km melalui jalan darat menuju ke pintu masuk Gaza iaitu Rafah. Dari sanalah segala perancangan misi akan dilakasanakan mengikut kesesuaian keadaan serta arahan dari Pengarah Misi iaitu Datuk Azeez.
Petang ini, jam 6.30 petang Tun M telah sudi untuk melepaskan peserta misi ini bertempat di Balai Berlepas, KLIA. Kepada yang berkesempatan, kehadiran anda dialu-alukan.
Aku akan cuba lapor dari masa ke semasa pergerakan misi ini dan bawakan maklumat terkini dari Gaza untuk pembaca semua.
Doa rakyat Malaysia menjadi kekuatan kami.
ISLAM PASTI MEMANG!!!
BEBASKAN PALESTIN!!!
ALLAHUAKBAR!!!
JPX
No comments:
Post a Comment