Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, November 23, 2012

RAFIZI BAKAL BERGELAR BANDUAN!!!




SHAH ALAM 23 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli untuk mengetepikan pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 terhadapnya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan dibuat Mohd Rafizi bersifat pramatang.

Ghazali bagaimanapun membenarkan permohonan Mohd Rafizi untuk menangguhkan prosiding di Mahkamah Sesyen sementara menunggu proses rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank iaitu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac lepas. - BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

SORRY RAFIZI, TAPIII.....

MAMPOSSSS KAU !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa