Rasa nak gelak pun ada membaca kenyataan Raja Putar Alam No 1, Anwar Ibrahim bahawa kenyataan anaknya, Nurul Izzah mengenai kebebasan agama untuk semua orang (termasuk orang Islam) itu, telah diputar belitkan.
Dia sendiri pun raja putar belit, ada hati nak tuduh orang lain putar belitkan kenyataan anaknya, pathetic.
Apa yang belit? Memang dah betul pun Nurul Izzah kata semua orang patut dapat kebebasan agama, dimana yang putar belitnya disitu? Memanglah tak siapa menuduh Nurul Izzah menggalakkan murtad, tapi bila dia kata orang Melayu pun dapat kebebasan beragama macam orang bukan Melayu, apa yang cuba disampaikan dari kenyataan itu?
Benda ini sebenarnya senang saja.
Soalan peserta itu, sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seoerti orang bukan Melayu, dimana Nurul Izzah menjawab, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.
Apa yang putar belit disitu? Kenyataan Nurul Izzah yang menyebut orang Islam patut patuh kepada syariat Islam seperti mana rakyat Malaysia patuh kepada perlembagaan, dibuat kemudian, itupun setelah ramai orang menyerbu blognya minta pengesahan tentang berita yang disiarkan Malaysiakini itu.
Kalau betul Nurul Izzah tidak bermaksud orang Melayu patut diberi kebebasan beragama, keluar kenyataan dalam sidang akhbar dan nafikanlah kenyataan tersebut. Bukan konar tang lain dan campur aduk dengan kenyataan yang dibuat kemudian.
Ini yang sepatutnya dibuat, senang saja, tapi kenapa tak buat?
Penulis boleh tolong jawabkan itu. Sebab Nurul Izzah memang maksudkan orang Melayu patut diberika kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu. Dia tarik balik kenyataan itu, hanya akan kecilkan hati pihak gereja, tak tarik balik, akan kecilkan hati orang Melayu/Islam.
Tapi gereja lebih penting sebab ada banyak bukti menunjukkan gereja menyokong Pakatan haram pimpinan papanya dibanding dengan orang Melayu, terutama di Lembah Pantai sekarang.
Maka itu sekarang Nurul Izzah guna taktik papanya juga, bawa kes ke Mahkamah. Ingat orang nak peduli keputusan Mahkamah yang panjang dan banyak benda teknikal tu?
Yang penting video ada, semua ada yang membuktikan memang Nurul Izzah mahu orang Melayu diberi kebebasan beragama sama seperti bukan Melayu.
1 comment:
Siapa yang putar dan siapa pula yang kena belit?
Kalau dah tersilap cakap mengaku sahajalah.
Itukan lebih gentleman?
Post a Comment